Now Reading
Raih 2.5 Juta Tontonan, Video Wanita OKU Buta Penglihatan Dedah Cara Urus Haid Undang Perhatian Ramai

Raih 2.5 Juta Tontonan, Video Wanita OKU Buta Penglihatan Dedah Cara Urus Haid Undang Perhatian Ramai

Antara petanda yang kerap dilalui oleh golongan wanita OKU buta penglihatan dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum haid adalah mereka akan melalui fasa senggugut yang agak sakit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, setiap wanita akan mempunyai fasa haid pada setiap bulan mengikut tempoh purata kitaran antara 21 hingga 35 hari.

Bagi sesetengah wanita, terdapat beberapa simptom kerap dialami setiap kali menghampiri fasa haid atau ketika sedang melaluinya seperti terpaksa menahan sakit kerana senggugut dan juga emosi yang tidak stabil.

Tetapi pernah tak korang terfikir, macam mana pula golongan wanita Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan mengetahui bahawa mereka sedang haid jika tidak dapat melihat darah yang keluar?


Wanita OKU Ini Dedah Pengalaman Period Bagi Golongan OKU Penglihatan

Dalam satu video dimuat naik di laman TikTok (@ilakamilah97), wanita ini yang merupakan golongan OKU penglihatan telah menerima beberapa persoalan daripada masyarakat tentang cara mereka mengetahui apabila sedang ‘datang bulan’.

Bagi menjawab persoalan tersebut, wanita berkenaan berkongsi pengalamannya sendiri.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Jelasnya, antara petanda yang kerap dilalui dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum haid adalah mereka akan melalui fasa senggugut yang agak sakit di pangkal rahim serta beberapa bahagian badan seperti pinggang dan juga kepala.

“Macam mana dia tahu period tu keluar?” kata wanita ini.

Darah period ini agak sedikit berlendir dan berbau. Jadi kitaorang yang buta ini peka dengan bau. Period bau lain tau, dia bau hanyir darah tu. Bukan bau keputihan. Kalau bau keputihan kita tahu macam mana.

Pengguna TikTok @ilakamilah97

Pada masa sama, wanita ini juga menjelaskan dari segi penjagaan kebersihan ketika haid bagi wanita yang buta penglihatan.

Bagi sesetengah wanita OKU ini yang membasuh pad, mereka tidak dapat melihat warna darah tetapi akan menggunakan deria bau dan pegangan untuk menentukan sama ada pad yang dibasuh sudah bersih atau belum.

Saya minta maaf awal-awal cakap ni tapi ni untuk pengetahuan semua supaya korang tahu macam mana orang buta dengan period ni. Kalau basuh pad tu, kita boleh rasa lendir pekat dan seperti hingus apabila terkena air. Boleh je basuh macam biasa.

Pengguna TikTok @ilakamilah97

Secara ringkasnya, wanita ini menjelaskan bahawa golongan wanita OKU buta penglihatan ini akan bergantung kepada deria rasa dan bau ketika menguruskan diri semasa dalam tempoh haid.

Walaupun pengetahuan yang dikongsikan dalam video ini ringkas dan padat, tetapi ia telah meraih perhatian ramai sehingga mendapat 2.5 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.


Ramai Netizen Pun Baru Tahu!

Ruangan komen video berkenaan dipenuhi dengan pelbagai komen dari netizen yang rata-ratanya baru pertama kali mengetahui tentang perkongsian ilmu dari wanita berkenaan.

“Terima kasih atas perkongsian kak. Sebelum ni tak pernah tahu, sekarang dah tahu,” kata netizen.

Pada masa sama, mereka juga memuji kelebihan yang dimiliki oleh golongan OKU meskipun mempunyai kekurangan berbanding manusia baisa.

“Satu je aku perhati orang yang kelainan upaya ni. Mereka hebat, mampu buat apa yang orang biasa tak boleh buat. Allah SWT jadikan makhlukNya sebaik-baik kejadian,” kata netizen.

Walaupun ia adalah perkara biasa yang dilakukan oleh para wanita setiap bulan, tetapi ia sebenarnya pengetahuan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

“Haah lah. Tak pernah terfikir topik ni. Terima kasih sebab kongsi ilmu ni,” ujar netizen.

Sumber: TikTok @ilakamilah97

Jadi untuk korang yang pernah terfikir perkara sama sebelum ini, sekarang tanda tanya dalam minda sudah pun terjawab.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Nak Bantu Golongan Buta Jalan Di Kaki Lima? Ini Panduan Yang Tepat

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Buta Penglihatan Gigih Alihkan Motor Yang Halang Laluan Pejalan Kaki OKU


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd