Now Reading
[Video] Nak Bantu Golongan Buta Jalan Di Kaki Lima? Ini Panduan Yang Tepat

[Video] Nak Bantu Golongan Buta Jalan Di Kaki Lima? Ini Panduan Yang Tepat

Cara sebenar untuk membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang buta penglihatan adalah dengan memberi bahu anda ketika berjalan di hadapan mereka.

[Video] Individu Buta Beri Panduan Betul Untuk Bantu Mereka Jalan Di Tempat Awam

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Di setiap lokasi termasuklah di stesen LRT dan kaki lima, mesti akan ada lantai berwarna kuning disediakan khas untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang buta penglihatan.

Kemudahan yang dikenali sebagai ‘Guiding Block’ itu disediakan kepada golongan tersebut bagi memudahkan pergerakan mereka sambil menggunakan tongkat.

Sesetengah rakyat Malaysia juga baik hati untuk menolong golongan ini dari segi membantu pergerakan mereka untuk ke sesuatu lokasi dengan selamat, lebih-lebih lagi ketika melintas jalan.

BACA JUGA: Kisah Murid Darjah Satu Pimpin Ibu dan Ayah Buta Sewaktu Orientasi Undang Sebak Netizen

Video-Individu-Buta-Beri-Panduan-Betul-Untuk-Bantu-Mereka-Jalan-Di-Tempat-Awam-1
Sumber: Tribun Jakarta

Pemuda OKU Buta Penglihatan Beri Tips Untuk Orang Ramai Yang Ingin Bantu Pergerakan Mereka

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@lbk2907), pemuda bernama Loh Boon Keat dan seorang wanita dikenali sebagai Aishah yang merupakan individu buta penglihatan berkongsi cara-cara untuk membantu golongan seperti mereka berjalan di tempat awam.

Menurutnya, sesetengah individu normal yang ingin memberi panduan untuk mereka berjalan akan mengangkat tongkat daripada kawasan pejalan kaki. Cara seperti itu kurang tepat sebenarnya.

Antara cara yang sebetulnya untuk membantu golongan OKU ini berjalan adalah dengan meletakkan tangan mereka di bahu anda.

Anda juga digalakkan untuk berjalan di hadapan mereka dan bukannya di belakang bagi mengelakkan golongan ini terjatuh sekiranya ada tangga di hadapan.

Tongkat adalah untuk kegunaan orang buta dan bukannya untuk ditarik. Cara yang betul adalah dengan bagi pegang bahu dan anda jalan di hadapan dulu. Contoh kalau ada tangga, biar anda turun dulu baru dia turun. Kalau orang buta jalan depan dulu, potensi untuk dia jatuh tu tinggi.

Aishah.
Video-Individu-Buta-Beri-Panduan-Betul-Untuk-Bantu-Mereka-Jalan-Di-Tempat-Awam-1
Sumber: TikTok @lbk2907

Ketika ditanya oleh perakam tentang pandangan golongan OKU buta penglihatan tentang kemudahan ‘Guiding Block’, dia menasihati agar orang ramai tidak meletakkan apa-apa halangan di kawasan tersebut.

Namun, dia mendakwa kawasan itu sering menjadi tempat meletak motosikal dan papan tanda serta kawasan perkumpulan orang ramai.

Jangan ada halangan di kawasan penanda. Kalau nak letak papan tanda, letak di tepi sikit. Saya bukan marah, tetapi mungkin sesetengah orang tak tahu. Jadi kita kena bagitahu.

Loh Boon Keat.

Mesti ada yang terfikir juga, macam mana golongan ini dapat menjejaki sekiranya mereka berada di lokasi baharu?

Loh menjelaskan caranya adalah dengan bertanya kepada orang sekeliling atau menggunakan aplikasi Google Maps dan juga Lazarillo yang dicipta khas untuk golongan buta penglihatan.

@lbk2907

Please don’t do this bila bawak orang buta jalan.

♬ original sound – Loh Boon Keat – Loh Boon Keat

Ramai Netizen Yang Baru Tahu Tentang Panduan Sebenar Untuk Bantu Golongan Buta Penglihatan

Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang berterima kasih dengan perkongsian berkenaan kerana dengan cara itulah mereka dapat mempelajari cara betul untuk membantu golongan buta penglihatan.

Ada juga yang baru mengetahui bahawa ‘Guiding Block’ berwarna kuning adalah untuk kegunaan golongan OKU buta penglihatan.

Semoga dengan perkongsian ilmu baharu ini dapat membantu anda yang ingin memberi pertolongan kepada golongan OKU buta penglihatan yang berada di tempat awam.

BACA JUGA: [Video] Atlet Paralimpik Luah Rasa Kesal Tindakan Lelaki Normal Masuk Tandas OKU Untuk Basuh Baju

BACA JUGA: [Video] Aksi Rakan Tolong Pegang Makanan Murid OKU Di Sekolah Bikin Ramai Terharu

BACA JUGA: [Video] Ramai Kecam Perbuatan Wanita Pura-pura ‘Berlakon’ Masuk Tandas OKU


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd