[Video] Aksi Rakan Tolong Pegang Makanan Murid OKU Di Sekolah Bikin Ramai Terharu
Murid lelaki itu dilihat membantu rakannya yang OKU untuk memegang lidi ‘corndog’ ketika sedang makan di kantin sekolah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Selain diberikan rezeki melimpah ruah, dikelilingi dengan orang-orang baik juga adalah satu nikmat yang diberikan oleh Tuhan kepada kita.
Dapat kawan yang baik pun satu rezeki juga, betul tak?
Teringat pula kisah di mana seorang pelajar sekolah berbangsa India dilihat menyuapkan makanan kepada rakannya yang difahamkan menghidap penyakit Sindrom Down.
BACA JUGA: [Video] Pelajar Bangsa India Tolong Suap Makanan Kepada Rakan Sindrom Down Buat Ramai Tersentuh
Bukan itu sahaja, ada lagi seorang murid sekolah yang prihatin dengan menolong rakannya mengangkat beg sekolah yang berat bersama-sama ketika menuruni tangga.
BACA JUGA: [Video] Ibu Terharu Lihat Murid Baik Hati Bantu Anaknya Angkat Beg Sekolah
Terharu pula bila tengok masih ramai individu di luar sana yang tak lekang membuat kebaikan tanpa mengira umur, bangsa dan agama.
Kawan Tolong Pegangkan Makanan Untuk Rakan OKU
Kebaikan seseorang sekali lagi terserlah apabila dia dilihat membantu rakannya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk menjamah makanannya.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Twitter (@ric_callmeric), kelihatan seorang murid lelaki menghulurkan bantuan dengan memegang lidi hidangan ‘corndog’ untuk memudahkan murid OKU menjamah menu itu.
Kalau anda tengok, murid lelaki yang tidak mempunyai kedua-dua belah tangan itu gembira dapat menikmati hidangan tersebut di kantin bersama rakan yang lain.
Ramai Terharu Tengok Rakan Bantu Murid OKU Untuk Makan Di Kantin Sekolah
Perkongsian video tersebut mendapat perhatian ramai kerana tersentuh dengan kebaikan murid lelaki itu yang membantu rakannya.
Walaupun dia hanya tolong pegangkan makanan itu, tetapi aksinya cukup memberi inspirasi kepada ramai orang di luar sana.
Malah, ada juga yang sebak sehingga mengalirkan air mata kerana terharu melihat kemuliaan hati murid berkenaan terhadap rakannya yang OKU.
Beruntung sangat dapat kawan yang baik macam itu kan? Semoga Tuhan membalas kebaikan awak dan harapnya kita pun dijumpakan dengan orang-orang yang baik sebegini. Amin.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.