Now Reading
Berang Hubungan Cinta Dihalang Keluarga, Remaja Lelaki Mengamuk Guna Parang

Berang Hubungan Cinta Dihalang Keluarga, Remaja Lelaki Mengamuk Guna Parang

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, remaja berkenaan bertindak menghentak kaki abangnya yang berusia 26 tahun dengan sebilah parang dalam kejadian pada 1 November jam 4.30 petang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perasaan cinta sememangnya mampu mengubah seseorang. Ia mampu membuatkan seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan yang tersayang.

Namun, ada segelintir individu boleh berubah menjadi lebih teruk sehingga sanggup mengenepikan dan membuang keluarga semata-mata mahu mempertahankan hubungan tersebut.

Suspek Hentak Kaki Abang & Kejar Ibu Dengan Parang

Hanya kerana keluarga tidak merestui hubungan cinta bersama kekasih, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun mengamuk menggunakan sebilah parang di sebuah rumah yang terletak di Jalan 10, Pandan Jaya.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, remaja berkenaan bertindak menghentak kaki abangnya yang berusia 26 tahun dengan sebilah parang dalam kejadian pada 1 November jam 4.30 petang.

“Suspek turut mengejar ibunya dengan parang menyebabkan wanita terbabit lari bagi mendapatkan perlindungan di rumah jiran,” kata beliau menerusi satu kenyataan.

Abang suspek yang merupakan seorang peniaga kemudiannya membuat laporan polis berhubung insiden terbabit.

Malah, dia juga turut mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri akibat perbuatan remaja berkenaan.

Memetik Berita Harian, pengadu mengesyaki suspek mula menjadi tidak waras selepas menghisap vape.

Suspek Telah Ditahan Polis, Miliki Rekod Lampau Berkaitan Jenayah & Dadah

Tambah beliau, remaja yang tidak bekerja itu berjaya ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada Rabu (15 November) yang lalu kira-kira jam 7 petang.

Suspek telah dibawa ke Mahkamah Ampang dan ditahan reman selama empat hari bermula 16 sehingga 19 November 2023.

“Turut dirampas parang berukuran 25 inci yang dipercayai digunakan ketika kejadian,” katanya.

Hasil semakan turut mendapati suspek memiliki beberapa rekod lampau iaitu tiga rekod jenayah dan dua rekod narkotik. Namun, ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

“Punca kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati terhadap keluarga kerana melarang suspek berkawan dengan seorang wanita.

“Kes disiasat bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan 506 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Sekiranya didapati bersalah, individu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut bagi kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Manakala, bagi Seksyen 506 Kanun Keseksaan, individu boleh dijatuhi hukuman penjara bagi tempoh dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH AMPANG JAYA (19.11.2023) – TANGKAPAN KES ADIK LELAKI MENGAMUK DENGAN MENGGUNAKAN PARANG.

Posted by Polis Daerah Ampang Jaya Page on Saturday, 18 November 2023

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Penganggur Bakar Kedai Telefon Gara-gara Kecewa Cinta Ditolak Isteri Orang

Baca Artikel Berkaitan: Bengang Tak Dipanggil ‘Baby’ Oleh Pekerja, Lelaki Ini Baling Minuman Panas Hingga Terkena Kanak-kanak 4 Tahun


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd