Now Reading
[Video] Penganggur Bakar Kedai Telefon Gara-gara Kecewa Cinta Ditolak Isteri Orang

[Video] Penganggur Bakar Kedai Telefon Gara-gara Kecewa Cinta Ditolak Isteri Orang

Difahamkan, lelaki terbabit telah menyimbah petrol dan membakar kedai telefon berkenaan semasa mangsa keluar membuat laporan polis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sudah menjadi lumrah kehidupan, tidak semua perkara, benda, mahupun orang yang kita suka dan cintai dapat kita miliki.

Justeru itu, kita haruslah sentiasa reda dan ikhlas menerima ketentuan tuhan yang telah mengaturkan perjalanan hidup setiap hambaNya.

Lelaki bakar kedai telefon sebab cinta ditolak isteri orang

Pun begitu, siapa sangka seorang lelaki yang sudah berusia 54 tahun di Perak sanggup bertindak membakar sebuah kedai menjual telefon bimbit gara-gara cintanya ditolak seorang wanita yang juga isteri orang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian berlaku di sebuah kedai menjual telefon bimbit di Jalan Besar Langkap, Teluk Intan pada Sabtu lalu (15 April).

Menurutnya, pihak polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 46 tahun yang mengadu didatangi lelaki terbabit di kedai berkenaan yang merupakan tempat kerjanya pada hari kejadian.

Keluarkan kata-kata lucah, mengamuk hingga cederakan mangsa

Menurutnya lagi, semasa wanita itu keluar membuat laporan polis, lelaki terbabit dikatakan telah menyimbah petrol dan membakar kedai berkenaan.

“Pasukan bomba telah datang ke tempat kejadian dan berjaya memadamkan kebakaran berkenaan. Anggaran kerugian lebih kurang RM100,000.

“Tindakan pantas pihak polis telah berjaya menahan lelaki itu di tempat kejadian,” katanya kepada media semalam (16 April).

Berada dalam keadaan mabuk dan melecur semasa ditahan

Semasa tangkapan dilakukan, lelaki terbabit turut mengalami kecederaan melecur pada bahagian muka, tangan dan kaki, selain berada dalam keadaan mabuk, kata Ahmad Adnan.

Ujarnya lagi, siasatan awal mendapat motif kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati cintanya ditolak wanita berkenaan.

“Beberapa bulan kebelakangan suspek sering kali datang ke kedai dalam keadaan mabuk dan cuba memikat wanita itu. Namun, wanita itu menolaknya dengan cara baik kerana telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak,” jelasnya.

Berkongsi lanjut, Ahmad Adnan berkata suspek telah dimasukkan ke Hospital Teluk Intan bagi menerima rawatan susulan.

Suspek juga telah direman selama lima hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 435/323 Kanun Keseksaan.

Tular video kejadian di media sosial

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman yang memperdengarkan suara seorang wanita yang merayu kepada seorang lelaki untuk menghentikan perbuatannya itu.

Dalam video yang sama, kelihatan lelaki terbabit seakan menuang sesuatu sebelum keadaan bertukar cemas kerana api yang marak.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd