Now Reading
Bengang Tak Dipanggil ‘Baby’ Oleh Pekerja, Lelaki Ini Baling Minuman Panas Hingga Terkena Kanak-kanak 4 Tahun

Bengang Tak Dipanggil ‘Baby’ Oleh Pekerja, Lelaki Ini Baling Minuman Panas Hingga Terkena Kanak-kanak 4 Tahun

Suspek bertindak membaling bungkusan di Restoran Darlis Nasi Dagang, Putra Heights apabila permintaannya ingin dipanggil sebagai ‘abang’ atau ‘baby’ tidak dilayan oleh pekerja restoran.

Bengang Tak Dipanggil 'Baby' Oleh Pekerja, Lelaki Ini Baling Minuman Panas Hingga Terkena Kanak-kanak 4 Tahun

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Apabila seseorang berasa tidak puas hati, sesetengah individu akan bertindak agresif dan di luar kawalan mereka sehingga boleh mencederakan orang lain.

Sebelum ini, timbul kes di mana seorang pemandu lelaki dikatakan memukul kepala seorang wanita kerana berlaku salah faham semasa dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands menuju ke Tapah.

Berikutan itu, wanita yang menjadi mangsa membuat laporan polis dan menyebabkan pemandu lelaki berkenaan telah ditahan oleh pihak polis.

BACA JUGA: Lelaki Tunjal Kepala Wanita Gara-Gara Salah Faham Di Jalan Raya Sudah Ditahan Polis


Lelaki Baling Bungkusan Minuman Panas Sehingga Didakwa Terkena Pada Kanak-kanak Berusia 4 Tahun

Tindakan seseorang yang bertindak agresif ketika tidak berpuas hati sekali lagi berlaku dalam satu kejadian berlainan di Restoran Darlis Nasi Dagang, Putra Heights, Selangor pada Ahad lalu (4 Jun).

Dalam satu video yang tular dimuat naik oleh pengguna Twitter (@Amrlamnnn), seorang lelaki didakwa melemparkan bungkusan nasi serta air panas sehingga terkena pada kanak-kanak berusia empat tahun.

Kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar CCTV yang berada di dalam restoran berkenaan.

Dalam pada itu, kedengaran tangisan kanak-kanak yang berada di dalam restoran itu selepas lelaki tersebut dipercayai membaling bungkusan yang dipegang olehnya.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga dilihat membaling kerusi dan menendang meja beberapa kali sehingga menakutkan pekerja yang berada di premis berkenaan.


Ingin Dipanggil Dengan Gelaran Manja Oleh Pekerja Restoran Tapi Tak Dilayan Punca Lelaki Baling Bungkusan

Susulan kejadian tersebut, ibu bapa kepada kanak-kanak yang terkena bungkusan makanan itu membuat laporan polis semalam (6 Jun) selepas mendapati rakaman CCTV insiden terbabit sudah tular di media sosial.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku kerana perselisihan faham antara suspek dan pekerja restoran.

Sumber: Twitter @Amrlamnnn

Suspek meminta dirinya dipanggil oleh pekerja restoran dengan panggilan manja iaitu ‘abang’ atau ‘baby’ tetapi permintaan itu tidak dilayan.

Sebaliknya, pekerja restoran terbabit hanya memanggil suspek sebagai ‘pak cik’.

Pekerja restoran telah memanggil suspek dengan panggilan ‘pak cik’, tetapi suspek meminta pekerja pengadu memanggil dirinya dengan panggilan ‘abang’ atau ‘baby’.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat.

Kejadian yang berlaku kini dalam siasatan di bawah Seksyen 506/352 Kanun Keseksaan. Pesalah boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pihak polis turut meminta orang ramai untuk segera menyalurkan maklumat jika terlihat suspek di mana-mana kawasan dengan menghubungi talian Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di 03-78627100 atau pegawai penyiasat Inspektor Dinesh Ganasan di talian 011-33094457.


Talian Bantuan Untuk Menangani Masalah Kesihatan Mental

Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:

  • MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) @+6 03 2780 6803 | E-mail: admin@mmha.org.my | Website: https://mmha.org.my/
  • BEFRIENDERS @ KL: +6 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Website: https://www.befrienders.org.my/
  • ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline:  +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.my

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd