Now Reading
[Video] Pemuda Umur 21 Tahun Terpaksa Potong Kaki Sebab Kencing Manis, Minum Air Berkarbonat Setiap Hari

[Video] Pemuda Umur 21 Tahun Terpaksa Potong Kaki Sebab Kencing Manis, Minum Air Berkarbonat Setiap Hari

Pemuda yang dikenali sebagai Mahathir menghidap diabetes akibat minum air berkarbonat setiap hari sehingga menyebabkan kaki kirinya perlu dipotong.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Usia 21 tahun merupakan umur ketika mana seorang remaja baru menginjak dewasa dan ingin membina kehidupan sendiri. Pada fasa tersebut, mungkin ramai yang masih belajar, tetapi ada juga yang sudah mula bekerja.

Bagi seorang pemuda, umur 21 tahun menjadi sejarah hitam apabila dia kehilangan sebelah kakinya akibat kencing manis.

Berdasarkan video yang dikongsi oleh akaun TikTok @kedidi_kakipalsu, pemuda yang dikenali sebagai Mahathir telah dipotong kaki kirinya satu minggu sebelum bulan Ramadan tahun ini.

@kedidi_kakipalsu Adik Mahathir umur 21 dah kena potong kaki sebab kencing manis🥹 #misibantuankakipalsu #prubsnprihatin #mobilityislife #diabetes #kencingmanis #amputeestory ♬ original sound – kedidikakipalsu

Menurut Mahathir, dia menghidap kencing manis kerana gemar meminum air berkarbonat jenama tempatan yang dibelinya setiap hari selepas pulang dari sekolah.

Minum air lagi lebih daripada makanan. Air L*** C***.

Mahathir.

Apabila ditanya perasaannya selepas kakinya mula-mula dipotong, dia berkata pergerakannya terbatas sekaligus menyukarkannya untuk bekerja. Mahathir sebelum ini bekerja di restoran McDonald’s Jalan Tun Perak di Masjid Jamek, Kuala Lumpur selama satu tahun enam bulan.

Mahathir berkata jika ada rezeki dia akan kembali bekerja, tetapi jika tidak dia akan cuba untuk mencari rezeki lain.

Menjenguk ke ruangan komen, beberapa individu mendoakan selain memuji sikap pemuda berkenaan yang kelihatan tabah walaupun setelah diuji sedemikian rupa.

Pengguna TikTok @rotijohn24 memberi saranan supaya lebihkan air kosong dan mengehadkan air manis kepada satu gelas sahaja setiap hari.

Seorang individu lain berkata perkongsian Mahathir menimbulkan rasa keinsafan buatnya.


Tajaan Kaki Palsu Dari PruBSN Prihatin

Mahathir bagaimanapun telah mendapat tajaan kaki palsu daripada PruBSN Prihatin dan berasa gembira kerana boleh berjalan kembali.

Saya ucapkan terima kasih kepada PruBSN Prihatin kerana membantu keluarga kami dan kami tak mampu nak balas jasa PruBSN Prihatin.

Mahathir.

Sebagai info, PruBSN Prihatin merupakan satu badan amal di bawah Prudential BSN yang berfungsi untuk menyediakan peluang pendidikan dan kemahiran hidup, kesihatan dan kesejahteraan hidup, serta bantuan bencana bagi individu yang kurang bernasib baik.

Kedidi Kaki Palsu pula merupakan sebuah syarikat yang menyediakan kaki palsu mampu milik buatan tangan dari Malaysia. Mereka turut memberikan kaki palsu percuma buat individu kudung dari kategori asnaf miskin.

Pada Ogos lalu, seorang lelaki telah berkongsi kisah kakinya dipotong kerana terlalu kerap minum teh tarik.

Baca Artikel Berkaitan: “Pagi, Petang, Siang, Malam Teh Tarik” – Lelaki Ini Kongsi Punca Kaki Kena Potong

Sumber: TikTok @kedidi_kakipalsu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd