Now Reading
“Pagi, Petang, Siang, Malam Teh Tarik” – Lelaki Ini Kongsi Punca Kaki Kena Potong

“Pagi, Petang, Siang, Malam Teh Tarik” – Lelaki Ini Kongsi Punca Kaki Kena Potong

Lelaki ini menjelaskan dia tidak boleh menjalani hari-harinya tanpa minuman bergula dan berkarbonat, terutamanya Teh Tarik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap orang ada air kegemaran tersendiri yang akan diambil pada setiap hari. Sebagai contoh, kopi, teh o’, teh tarik, dan banyak lagi. Kadangkala, bukan sekali sehari sahaja, ada yang sampai tahap dua ke tiga kali sehari.

Itu sedikit melampau, ya.

Artikel Berkaitan: Pakar Kardiologi Perjelas Kenapa Bahaya Makan Lewat Malam, Netizen Tampil Buat ‘Kelakar’ Pula


Lelaki Ini Kongsi Kisah Punca Kaki Dipotong Gara-gara Teh Tarik

Untuk dijadikan sebagai pengajaran, seorang lelaki yang ‘obses’ dengan minuman Teh Tarik menerusi sebuah video di laman TikTok iaitu Azlan telah mendedahkan bahawa dia telah menghidap penyakit kencing manis selama lebih 30 tahun.

Dan lebih parah, dia terpaksa menjalani pembedahan amputasi di mana kaki kanannya perlu dipotong disebabkan oleh gaya hidup tidak sihat yang diamalkannya.

Azlan menerusi video sama menjelaskan dia tidak boleh menjalani hari-harinya tanpa minuman bergula dan berkarbonat, terutamanya Teh Tarik.

“Saya penggemar teh tarik, di mana saya akan meminumnya pada waktu pagi, tengah hari, dan petang setiap hari. Saya juga dulu minum banyak minuman berkarbonat seperti Coca-Cola.

“Tetapi untuk teh tarik/teh ais, saya akan menikmati minuman itu di dalam kereta pada setiap masa. Jika habis, saya akan pergi ke tempat lain dan membeli minuman bergula,” katanya.

Azlan mula menyedari tentang keadaan kesihatannya apabila luka di badannya mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh. Setelah menjalani pemeriksaan, dia didiagnosis dengan penyakit kencing manis (diabetes).

Nasibnya menjadi teruk apabila dimaklumkan perlui menjalani amputasi pada kaki kanan kerana keadaannya dilihat semakin parah.

“Setelah luka menjadi lebih teruk dan terinfeksi dengan parah, doktor memberitahu saya bahawa saya tidak mempunyai pilihan selain untuk menjalani amputasi pada kaki kanan saya, dan saya melakukannya.”


Semoga Dapat ‘Buka Mata’ Penggemar Air Manis

Kisah Azlan ini ternyata meraih sambutan ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang boleh diambil sebagai peringatan buat diri sendiri. Nak minum manis, boleh. Tapi kuantiti perlu dikurangkan dan berpada-pada.

Malah, ada juga pengguna TikTok lain yang turut mengambil kisah ini sebagai ikhtibar dan saling mengingati di antara satu sama lain.

Ada juga pengguna yang memaklumkan bahawa abang iparnya telah meninggal dunia pada usia yang masih muda iaitu 40 tahun gara-gara mengambil minuman Teh ais hampir setiap waktu.

Jadi, kesimpulannya di sini adalah kita disarankan untuk melakukan atau mengambil sesuatu pada kadar yang sederhana sahaja. Tidak terlebih, dan terkurang. Dan perlu sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Sumber: TikTok

Baca Artikel Berkaitan: LAC Malaysia Kongsi Tips Kekal Remaja & Hadapi Penuaan Sihat

Baca Artikel Berkaitan: Kerap Bersenam, Banyak Minum Air & 7 Lagi Tips Sihat Untuk Kurangkan Gula Dalam Darah

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd