Now Reading
LAC Malaysia Kongsi Tips Kekal Remaja & Hadapi Penuaan Sihat

LAC Malaysia Kongsi Tips Kekal Remaja & Hadapi Penuaan Sihat

Penuaan sihat adalah pendekatan menyeluruh yang melibatkan kesejahteraan fizikal dan mental kita saat menua, jelas pakar pemakanan berkelulusan dari LAC Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Dalam usaha kita untuk mencapai ‘anti-penuaan,’ kita sering hanya memberi tumpuan kepada mengekalkan penampilan yang muda. Namun, kita sering mengabaikan peranan penting tahap tenaga dalam kesejahteraan dan keceriaan keseluruhan.

Oleh itu, Cynthia Jetan selaku pakar pemakanan berkelulusan dari LAC Malaysia, menghuraikan pemahaman tentang penuaan dan mencadangkan pendekatan lebih praktikal terhadap sifat biologi penuaan.

Penuaan sihat adalah pendekatan menyeluruh yang melibatkan kesejahteraan fizikal dan mental kita saat menua.

Cynthia Jetan selaku pakar pemakanan berkelulusan dari LAC Malaysia.

Menariknya, tahap tenaga kita berfungsi sebagai petunjuk pertama tentang penuaan, sebelum tanda-tanda kedutan atau uban muncul.

Pihak LAC Malaysia turut menjelaskan masyarakat perlu mengakui bahawa keupayaan tenaga boleh merosot lebih awal daripada yang dijangka. Oleh itu penting untuk memberi keutamaan kepada keceriaan dan mengamalkan pendekatan menyeluruh dalam menghadapi penuaan.

Jadikan tenaga anda seperti mata wang yakni sumber yang boleh diperolehi, dibelanjakan, disimpan atau dibazirkan. Setiap hari, sel badan kita tanpa jemu akan menjana tenaga daripada makanan yang kita ambil untuk menyokong proses penting seperti pernafasan, pertumbuhan sel, pembaikan dan peredaran darah.

Cynthia Jetan selaku pakar pemakanan berkelulusan dari LAC Malaysia.

Sel Dalam Badan Manusia Juga ‘Bekerja’

Menurut LAC Malaysia, sama seperti mesin menjana wang, sel dalam badan manusia turut bekerja dengan tekun untuk memastikan kelancaran fungsi badan. Sejauh mana kita menjaga tubuh kita, ia secara langsung mempengaruhi cara seseorang itu meningkat usia.

Apabila kita semakin tua, tahap tenaga akan mengalami perubahan dalam aktiviti harian. Malah, tugasan atau kerja mudah juga mungkin akan menjadi lebih mencabar dan meletihkan.

Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk bertemu dengan individu berusia 40-an yang mempunyai semangat sama seperti mereka yang berumur 20-an. Sebaliknya, terdapat individu yang lebih muda dan mungkin kelihatan lebih berumur dan kurang bertenaga.

Cynthia Jetan selaku pakar pemakanan berkelulusan dari LAC Malaysia.

Walaupun benar bahawa tahap tenaga kita secara semulajadi akan menurun diikuti usia, faktor luaran boleh mempercepatkan proses ini. “Tidur yang tidak mencukupi, pilihan pemakanan yang tidak sihat, merokok, tekanan berlebihan, dan pemikiran negatif semuanya boleh menyumbang kepada menguras rizab tenaga kita,” tegas Cynthia.


Nicotinamide Mononucleotide (NMN) Oleh LAC Malaysia

Dalam setiap daripada diri kita terdapat rizab DNA anti-penuaan dipanggil sirtuin—protein tidak aktif yang mengawal pelbagai aspek penuaan, termasuk pembaikan DNA, pengurangan tekanan dan peningkatan metabolisme.

Cynthia Jetan selaku pakar pemakanan berkelulusan dari LAC Malaysia.

Walau bagaimanapun, mengaktifkan protein ini adalah serupa dengan memasukkan kata laluan untuk mengakses akaun bank, dan kata laluan yang dimaksudkan ialah NAD+ (Nicotinamide Adenine Dinucleotide).

Jelas Cynthia lagi, NAD+ ialah koenzim yang dihasilkan secara semula jadi dalam badan kita, menyokong proses metabolik penting, mengekalkan kesihatan selular dan memudahkan pengeluaran tenaga.

Malangnya, apabila usia semakin meningkat, bekalan NAD+ kita semakin berkurangan dan NMN (Nicotinamide Mononucleotide) akan mulai melangkah sebagai ‘hero’.

NMN bertindak sebagai penambah semula jadi tahap NAD+ dan mengaktifkan protein sirtuin. Diperolehi daripada vitamin B, NMN memulakan proses penting untuk penuaan lebih lancar dan menguatkan sel-sel manusia dari dalam.


Tips Mulakan Gaya Hidup Sihat

#1. Rancang Aktiviti Harian Dengan Teratur: Perhatikan aliran tenaga anda sepanjang hari dan kenal pasti puncak dan titik terendah anda. Pengetahuan ini akan membolehkan anda menyesuaikan aktiviti untuk produktiviti dipertingkatkan.

#2. Beri Keutamaan & Cipta Jadual: Peruntukkan waktu untuk ketika tenaga anda memuncak bagi menyelesaikan tugasan penting, tolak tepi aktiviti kurang penting untuk saat di mana tenaga anda berkurangan secara semula jadi.

(Kredit: TRP file photo)

#3. Berhenti Seketika: Jadualkan masa untuk rehat selama 15-30 minit bagi menyegarkan minda dan menambah tenaga. Gunakan masa ini untuk tidur lena, berjalan santai atau terlibat dalam aktiviti yang menyegarkan tubuh badan.

Dengan melaksanakan strategi di atas seperti yang disyorkan oleh Cynthia Jetan, anda boleh mengoptimumkan tahap tenaga, mengurangkan tekanan dan menggalakkan kehidupan lebih sihat dan memuaskan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd