Now Reading
Pakar Kardiologi Perjelas Kenapa Bahaya Makan Lewat Malam, Netizen Tampil Buat ‘Kelakar’ Pula

Pakar Kardiologi Perjelas Kenapa Bahaya Makan Lewat Malam, Netizen Tampil Buat ‘Kelakar’ Pula

Makan pada lewat malam boleh menaikkan lagi risiko diabetes dan obesiti.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Makan di waktu malam = salah satu perkara yang sering dilakukan.

Tak kisahlah golongan muda mahupun tua, tabiat makan melepasi waktu makan sukar ditinggalkan walaupun ramai tahu tentang kesan sampingannya.

Jika diikutkan, panduan makan paling lewat pada waktu malam sebelum masuk tidur adalah antara jam 6:30 petang hingga 8:30 malam.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), antara panduan makan malam secara sihat adalah seperti infografik di bawah:

P/S: Kami pun baru tahu perlu mengelakkan makan sambil menonton TV.


Pakar Kardiologi perjelas kenapa bahaya makan lewat malam

Baru-baru ini menerusi perkongsian di Twitter @DrBeniRusani yang juga seorang Pakar Kardiologi menerangkan kepada orang ramai betapa bahayanya makan pada lewat malam.

Kiranya waktu sepatutnya masuk tidur, hang pi dapur pula cari makanan!

Menerusi perkongsian tersebut, Dr. Beni menjelaskan bahawa badan kita menghasilkan insulin pada waktu kita tidak perlu banyak gula untuk tenaga. Akibatnya, lebih banyak gula disimpan sebagai lemak.

Inilah sebab kenapa makan pada lewat malam menaikkan lagi risiko diabetes dan obesiti.

Bahaya? Yeaps!


Netizen faham dan buat lawak pula

Tweet tersebut dilihat menarik perhatian orang ramai di Twitter. Malah ada juga yang menjadikannya sebagai bahan jenaka.

Mujur kesemuanya positif belaka.

Ada yang baru tahu tentang penjelasan sebenar, dan ada juga yang ‘terbabas’ makan lewat malam saat membaca tweet tersebut.

Lawak sungguh netizen di Twitter ini, tak pernah menghampakan!

Walau bagaimanapun, menjengah komen-komen lain, kami turut mendapati bahawa segelintir individu yang jenis bekerja mengikut waktu shift sehingga jam 10 malam dan ke atas selalunya akan sampai di rumah pada jam 11-12 tengah malam.

Oleh disebabkan itu, mereka tidak mempunyai waktu makan malam yang lebih awal akibat sedang bertugas dan akhirnya akan mengambil makan malam sebelum waktu tidur mereka.

Sehinggakan ada yang jenis makan malam pada jam 1 pagi!

Persoalan seperti di atas banyak juga dilontarkan menerusi tweet tersebut.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada penjelasan yang tepat daripada Dr. Beni tentang waktu yang sesuai untuk makan buat golongan yang bekerja shift malam.

Apa pun, cuba untuk makan malam beberapa jam sebelum tidur agar proses pencernaan anda menjadi lebih baik.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd