Now Reading
Muse Ikut Garis Panduan Malaysia, Keluarkan Satu Lagu Dari Setlist Kerana Tajuk Kurang Sesuai

Muse Ikut Garis Panduan Malaysia, Keluarkan Satu Lagu Dari Setlist Kerana Tajuk Kurang Sesuai

Pihak pengurusan Muse telah menghubungi penganjur Hello Universe bagi memastikan lagu-lagu di dalam setlist bertepatan dengan garis panduan Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Walaupun telah lebih seminggu kumpulan British The 1975, menyebabkan pembatalan Festival Good Vibes (GVF) 2023 melalui tindak-tanduk penyanyi utamanya Matty Healy, isu itu masih belum reda.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert The 1975 Di GVF2023 Dihentikan Selepas Matty Healy Cium Pemain Bass & Hina Undang-undang LGBT Di Malaysia

Terkini, penganjur GVF 2023, Future Sound Asia (FSA) sedang membuat pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Healy.

ARTIKEL BERKAITAN: Future Sound Asia Pertimbang Ambil Tindakan Terhadap Matty Healy

Dalam kekecohon disebabkan oleh situasi itu, ramai pihak risau jika perkara ini akan menyebabkan beberapa konsert yang telah dirancang di dalam negara turut berhadapan dengan risiko pembatalan.

Kumpulan Rock British, Muse, akan mengadakan konsert MUSE: Will of the People pada 29 Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Sehubungan dengan pembatalan GVF 2023, penganjur konsert Muse, Hello Universe, memberi jaminan kepada para peminat bahawa konsert tersebut akan tetap berjalan seperti biasa.


Pihak Pengurusan Muse Pastikan Setlist Ikut Garis Panduan Malaysia

Rojak Daily dalam satu temu bual bersama Adam Ashraf, salah seorang pengasas Hello Universe, diberitahu bahawa Muse telah mengeluarkan satu lagu daripada setlist yang dirancang.

Adam berkata apabila dia mendapat berita tentang pembatalan GVF 2023, dia berasa amat risau. Namun Hello Universe diberi jaminan oleh pihak yang berkenaan bahawa konsert tersebut masih boleh berjalan seperti biasa.

Syukur kami dapat jaminan daripada pihak berkuasa bahawa konsert tersebut boleh diteruskan dan selagi mana kumpulan Muse bertindak dengan sewajarnya, semuanya akan berjalan dengan lancar.

Pengasas Hello Universe, Adam Ashraf.

Muse merupakan satu kumpulan muzik yang terkenal dengan lagu-lagunya yang bersifat politikal dan memberi inspirasi kepada pendengar untuk ambil maklum tentang isu politik tempatan.

Menurut Adam, setelah insiden yang dicetuskan oleh The 1975 berlaku, pihak pengurusan Muse telah menghubungi Hello Universe untuk memastikan set mereka bertepatan dengan garis panduan Malaysia.

Mereka menghubungi kami tidak lama setelah isu itu tersebar di peringkat global. Selepas perbincangan, mereka mengambil keputusan untuk mengeluarkan satu lagu daripada setlist kerana tajuk lagu itu.

Pengasas Hello Universe, Adam Ashraf.

Sememangnya pihak Hello Universe sering satu langkah ke hadapan dalam memastikan sebarang penganjurannya tidak bertentangan dengan garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Ketika kumpulan Cigarettes After Sex dijemput untuk mengadakan konsert di Malaysia, mereka dipujuk supaya menggunakan nama CAS sahaja.

Konsert MUSE: Will of the People pada mulanya dicadangkan untuk diadakan di Bukit Kiara Equestrian Resort. Namun begitu, atas maklum balas yang diterima oleh peminat, Hello Universe telah menukar lokasi ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia yang dihadiri Muse dalam jelajah dunia pada tahun 2023. Antara lagu yang bakal dimainkan oleh Muse di konsert tersebut adalah Hysteria, Starlight, Time Is Running Out dan Will of the People.

Pada 16 Julai, Hello Universe telah menganjurkan konsert Cigarettes After Sex di Zepp KL. Syarikat itu kini dalam perancangan untuk mengadakan satu siri jelajah Asia Tenggara yang digelar ‘Out Loud Festival’.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd