Now Reading
Demi Gift, Influencer TikTok Sanggup Cuci Muka Dengan Air Jamban, Makan Pasir & Banyak Lagi

Demi Gift, Influencer TikTok Sanggup Cuci Muka Dengan Air Jamban, Makan Pasir & Banyak Lagi

Antara cabaran yang dikecam netizen adalah tindakan TikToker menyapu muka dengan air jamban, memakan pasir dan menjilat semula ludahan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Orang yang biasa main TikTok mesti tahu pasal pemberian ‘gift’ kan? Untuk yang tak tahu, gift ini adalah sejenis hadiah dalam bentuk emoji yang diberikan sewaktu pengguna TikTok melakukan sesi ‘LIVE’.

Terdapat pelbagai jenis gift dengan nilai dari satu coin hingga lebih 30,000 coin. Ia boleh dibeli dengan harga 35 sen bagi 5 coin. Gift ini kemudiannya boleh ditukar balik menjadi wang setelah TikTok mengambil komisyen sebanyak 50%.

Antara gift TikTok yang boleh dibeli.

Segelintir pengguna TikTok membuat macam-macam perkara ketika LIVE untuk dapatkan gift, seperti memakai make up, bermain game dan melakukan kelas dalam talian.

Namun, kini muncul trend baharu yang mana seorang pengguna melakukan cabaran bersama TikToker lain. Pihak yang kalah perlu buat apa sahaja yang disuruh oleh pemenang.

Ada TikToker yang dicabar melakukan perkara amat menjijikkan!


Sapu Muka Guna Air Jamban

Pengguna Facebook Komandan Marco berkongsi beberapa video yang mana TikToker melakukan perkara-perkara yang menjijikkan ketika bersiaran langsung.

Salah satunya adalah menyapu muka dengan air jamban apabila kalah cabaran. Mereka menadah tangan ke dalam lubang mangkuk tandas untuk mengambil air yang kemudiannya disapukan ke muka.

Malah, turut menjijikkan apabila salah seorang kelihatan seperti mempunyai bekas kotoran di seluruh mukanya.

Ada juga yang disuruh menjilat semula ludahan di atas lantai atau memakan pasir setelah kalah dalam cabaran.


Cabaran Tidak Selari Dengan Ajaran Agama

Komandan Marco mengkritik perbuatan tersebut dengan mengatakan ia menjatuhkan maruah seseorang. Dia turut berkata air jamban merupakan suatu yang kotor dan menjadi tempat tinggal syaitan.

Daripada kau sapu air najis ni, baik kau minum air Zam Zam atau air bacaan Yassin. Niat dalam hati biar hilang kebodohan dalam diri tu.

Pengguna Facebook, Komandan Marco.

Dia turut berkata perkara itu dilakukan semata-mata untuk mendapatkan duit dan apabila seseorang percaya rezeki itu hanya datang dari manusia.

Seseorang yang yakin rezekinya diturunkan oleh Allah SWT tidak akan buat benda-benda yang menjijikkan seperti itu.


Cabaran TikTok Boleh Bagi Pengaruh Buruk Pada Orang Ramai

Seorang pengguna TikTok (belacakman) berkata orang beragama Islam perlu saling memperingati dan menegur kelakuan tidak elok yang dilakukan individu lain.

Malah, katanya video dan permainan cabaran sebegitu tidak patut dilakukan kerana akan menjadi rujukan generasi akan datang.

Jangan buat game ini. Macam nanti generasi yang budak-budak ni akan tengok. ‘Eh, kenapa aku nak buat tak boleh? Akak-akak buat boleh, abang-abang buat boleh. Dapat duit’.

Pengguna TikTok, belacakman.

Dia risau jika akan sampai satu tahap di mana daya upaya dan kesungguhan seseorang akan hilang setelah melihat video TikTok tersebut. Ini kerana mereka mungkin berfikiran tidak perlu kerja dan hanya buat LIVE di TikTok untuk mendapatkan duit.

Pada masa yang sama, dia merasakan mungkin TikToker yang berkaitan begitu terdesak. Walaupun terdesak, dia berkata seseorang perlu tetap ada jati dirinya sendiri.

Tambahan pula, boleh jadi akan ada pihak berfikiran singkat yang mengaitkan cabaran TikTok sedemikian dengan kaum Melayu.

@belacakman

Jangan buat ini macam tak bagus..

♬ bunyi asal – ADAM BELACAK

Netizen Kritik Kelakuan Cabaran TikTok

Menjenguk ke ruangan komen, ramai yang percaya cabaran itu dilakukan semata-mata sebab duit dan malas bekerja.

Seorang pengguna TikTok berkata mungkin inilah salah satu sebab pesanan Rasulullah SAW supaya mengikat anak perempuan dan isteri di rumah. Seorang lagi berkata perkara itu dilakukan kerana manusia lebih percaya rezeki daripada manusia berbanding Allah SWT.

Ada juga yang mendakwa pernah menegur kelakuan TikToker berkenaan, namun dia pula dikecam.

Seorang lagi berkata mungkin ini merupakan satu taktik untuk viral supaya lebih ramai yang akan menyertai sesi LIVE mereka.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd