Now Reading
[Video] “Tak Kurus Pun!” – Sherry Al-Hadad Jadi Mangsa ‘Body Shaming’ Lagi

[Video] “Tak Kurus Pun!” – Sherry Al-Hadad Jadi Mangsa ‘Body Shaming’ Lagi

Bagaimanapun, disebalik kecaman dan penghinaan, ternyata masih terdapat komen yang memuji kecantikkan serta memberikan kata-kata semangat buat Sherry.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seperti yang diketahui umum, pelakon dan pencara terkenal, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad atau lebih dikenali sebagai Sherry Al-Hadad sedang mengalami penurunan berat badan sehingga menjadi bualan orang ramai yang terkejut denga perubahannya.

Namun begitu, semalam (18 Ogos), tular satu video di media sosial yang menunjukkan pengacara dan pelakon terbabit sedang berjalan di atas karpet merah untuk sebuah acara.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @azlinda.alin, Sherry yang sedang berjalan di atas karpet merah sambil menggayakan busana yang dipakainya menerima pelbagai reaksi orang ramai.

https://www.tiktok.com/@azlinda.alin/video/7132851316799458586?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7078693324898862594

“Nampak lebih kurus” – Azlinda

Pada video sama, pemilik akaun itu memuji Sherry yang kelihatan semakin susuk sehingga sudah menyerlahkan bentuk badannya.

“Sherry nampak makin kurus dan dah ada bentuk,” tulisnya di dalam kapsyen video.

Tanpa diduga, sesetengah pengguna media sosial menyangkal kenyataan yang diberikan oleh wanita terbabit.

Kecaman ‘Body Shaming’ oleh warga siber

Topik tersebut menyebabkan seorang pengguna kemudiannya meninggalkan komen, ” Gemuk, mana ada kurus.”

Malah, ada yang mengganggap pinggang Sherry kelihatan sedikit kecil hanya disebabkan oleh bengkung yang dipakainya dan saiz badannya tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Masih ada insan berhati murni

Bagaimanapun, disebalik kecaman yang lebih kepada penghinaan fizikal tubuh badan, ternyata masih terdapat komen yang memuji kecantikkan serta memberikan kata-kata semangat buat pengacara wanita itu.

Kurus atau gemuk, kita sebagai netizen perlu jaga kata-kata yang keluar daripada mulut kita untuk menjaga perasaan orang lain. Kita perlu ingat, ‘body shaming’ adalah salah satu jenayah di sisi undang-undang.

Sekadar peringatan dan nasihat, sebagai manusia yang mempunyai akal dan fikiran, janganlah sesekali menghina sesama manusia yang lain sehingga mengguris hati.

kata-kata kecaman mahupun hinaan hanya meyebabkan seseorang itu hilang semangat diri dan berada dalam kemurungan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd