[Foto] Menteri Jalan Kaki Di New York, Netizen Beri Cadangan Untuk Buat Perkara Sama Di Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama menteri-menteri lain dilihat berjalan kaki bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, Amerika Syarikat.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama 41 pemimpin yang lain dari seluruh dunia telah menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 yang berlangsung selama dua minggu di New York, Amerika Syarikat.
Kemunculan Anwar di persidangan tersebut adalah buat pertama kali selepas bergelar Perdana Menteri.
Turut hadir bersama beliau di New York adalah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dan beberapa Ahli Parlimen serta pegawai kerajaan.
Menteri-menteri Malaysia Dilihat Berjalan Kaki Di New York Untuk Hadir Ke Persidangan
Menerusi beberapa perkongsian gambar yang dimuat naik semula di laman X (Twitter @jasonnyew), kelihatan Anwar Ibrahim, Tengku Zafrul dan pegawai kerajaan yang lain sedang berjalan kaki di New York.
Difahamkan, mereka berjalan kaki untuk menghadiri persidangan pada hari berkenaan.
Netizen Persoal Mengapa Menteri Tidak Berjalan Kaki Juga Di Malaysia
Perkongsian gambar menteri-menteri berjalan kaki di New York itu mendapat perhatian ramai netizen dan pelbagai reaksi yang diberikan.
Sesetengah netizen menganggap gambar-gambar yang dimuat naik dengan kapsyen ‘PMX jalan kaki je di New York’ adalah perkara biasa sahaja dan berpendapat mereka sepatutnya melakukan perkara sama ketika berada di Malaysia juga.
Dalam pada itu, ada pula netizen yang berkata Malaysia tidak mempunyai banyak kemudahan bersifat mesra pejalan kaki seperti mana di luar negara.
Jadi, ada yang bercadang agar kerajaan Malaysia mula membina ruang pejalan kaki yang lebih selamat dan selesa.
Selain itu, sebahagian netizen memuji tahap kecergasan Anwar yang masih boleh berjalan kaki meskipun usianya telah mencecah 76 tahun.
Ciri-ciri Bandar Mesra Pejalan Kaki
Bila sebut tentang bandar pejalan kaki, ia bukan sekadar kawasan yang mempunyai kemudahan untuk berjalan kaki sahaja ya.
Jadi apa sebenarnya bandar mesra pejalan kaki ini?
Selain daripada mempunyai tarikan pelancong yang terkenal, makanan dan membeli-belah dalam kawasan sekitar, bandar ini harus direka bentuk dengan baik untuk keselamatan dan mudah diakses oleh pejalan kaki.
Macam mana nak tahu bandar itu mesra pejalan kaki atau tidak? Jom semak ciri-ciri seperti berikut:
- Jalan dengan lintasan pejalan kaki dan mempunyai papan tanda yang memberi amaran kepada pemandu untuk memperlahankan kenderaan.
- Suasana hijau dan landskap yang teduh di sepanjang kaki lima.
- Tempat letak kereta dibina secara strategik dan selari bagi melindungi pejalan kaki daripada lalu lintas.
- Taman, lorong, kaki lima dan laluan yang saling berhubung.
- Akses kepada pelbagai mod pengangkutan awam.
Memang best kalau dapat bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain dengan hanya berjalan kaki. Selain dapat elak kesesakan lalu lintas berjam-jam, ia juga bagus untuk kesihatan diri.
Artikel Berkaitan: Suka Berjalan Kaki? Ini 5 Bandar Mesra Pejalan Kaki & 3 Lokasi Sebaliknya
Artikel Berkaitan: [Video] Nak Bantu Golongan Buta Jalan Di Kaki Lima? Ini Panduan Yang Tepat
Sumber: Twitter Jason Yew
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.