Now Reading
Suka Berjalan Kaki? Ini 5 Bandar Mesra Pejalan Kaki & 3 Lokasi Sebaliknya

Suka Berjalan Kaki? Ini 5 Bandar Mesra Pejalan Kaki & 3 Lokasi Sebaliknya

Antara bandar yang digelar mesra pejalan kaki adalah seperti Putrajaya, Ipoh, Georgetown dan Melaka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Boleh dikatakan agak jarang jugalah kita bercakap tentang bandar di Malaysia yang sesuai untuk berjalan kaki bagi tujuan bersiar-siar.

Mungkin sebab kebanyakan daripada kita sudah terbiasa memandu dari satu kawasan ke kawasan yang lain menggunakan kereta. Dan agak mustahil juga membayangkan mana-mana bandar di Malaysia yang boleh diakses dan mesra pejalan kaki.

Malah bandar yang lebih kecil dan tenang di sini juga tidak begitu mesra pejalan kaki kerana terdapat beberapa kriteria tertentu yang perlu dipenuhi di Malaysia sebelum mendapat gelaran bandar mesra pejalan kaki.

Jadi apa sebenarnya bandar mesra pejalan kaki ini?

Selain daripada mempunyai tarikan pelancong yang terkenal, makanan dan membeli-belah dalam kawasan sekitar, bandar ini harus direka bentuk dengan baik untuk keselamatan dan mudah diakses oleh pejalan kaki.

Kemudahan untuk berjalan kaki bukan hanya laluan pejalan kaki, tetapi sebenarnya ia melibatkan keseluruhan sistem reka bentuk serta infrastruktur.

Joe Chestnut dari Institut Dasar Pengangkutan dan Pembangunan (ITDP).

Macam mana nak tahu bandar itu mesra pejalan kaki atau tidak? Jom semak ciri-ciri seperti berikut:

  • Jalan dengan lintasan pejalan kaki dan mempunyai papan tanda yang memberi amaran kepada pemandu untuk memperlahankan kenderaan.
  • Suasana hijau dan landskap yang teduh di sepanjang kaki lima.
  • Tempat letak kereta dibina secara strategik dan selari bagi melindungi pejalan kaki daripada lalu lintas.
  • Taman, lorong, kaki lima dan laluan yang saling berhubung.
  • Akses kepada pelbagai mod pengangkutan awam.

Jadi, ada ke mana-mana bandar kita di Malaysia yang memenuhi kriteria ini?

Kami telah menyenaraikan beberapa bandar terbaik dan kurang memuaskan untuk pejalan kaki mengikut pendapat penduduk tempatan. Antaranya adalah seperti berikut:

Ini 5 bandar yang sesuai untuk pejalan kaki

1. Bandar Melaka, Melaka

Sumber: tstraveltreats/ Instagram @masaku.ra

Selain daripada menjadi salah satu bandar yang paling indah dan bersejarah di Malaysia, anda pasti gembira apabila mengetahui bahawa Melaka mendapat 86 markah pada Skor Berjalan yang mengukur kebolehan untuk berjalan kaki dari satu kawasan ke kawasan lain.

Berjalan di sepanjang Sungai Melaka dan A’Famosa kemudian bersiar-siar pula di Dataran Belanda yang terkenal sebelum menaiki tangga ke Gereja St. Paul, gereja tertua di Malaysia.

Di seberang sungai adalah Jonker Walk yang merupakan syurga makanan, rumah warisan dan juga kedai cenderamata. Semuanya dalam jarak yang dekat antara satu sama lain.

Anda juga boleh mengelilingi bandar ini menggunakan pengangkutan beca!

2. Georgetown, Pulau Pinang

Sumber: Instagram jackycheah_jnj/ thefunsizedtraveller

Diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia UNESCO, Georgetown menawarkan penduduk tempatan dan pelancong pelbagai tarikan dan restoran semuanya mudah diakses dengan jarak berjalan kaki.

Salah satu benda yang best bila berjalan kaki di sekitar Georgetown ialah seni jalanan yang cantik di seluruh bandar. Armenian Street memberikan pejalan kaki pengalaman lawatan seni jalanan, restoran dan muzium serta kedai yang menarik. Anda juga boleh menerokai Georgetown dengan melawati Little India sebelum berjalan ke Masjid Kapitan Keling dan Jeti Clan.

Lokasi-lokasi ini juga agak mudah diakses melalui pengangkutan awam seperti bas.

3. Kuala Lumpur

Sumber: Instagram _aimstfu/ klcityscrapes

Sukar untuk membayangkan bahawa bandar yang sibuk seperti KL boleh berjalan kaki, tetapi jika London berjaya melakukannya, tak mustahil KL pun juga boleh juga kan?

Perkembangan terkini tentang bandar ini adalah ianya dilihat semakin perlahan-lahan ke arah lebih mesra pejalan kaki selepas Jambatan Saloma yang dilancarkan pada tahun 2020 mampu mengurangkan masa berjalan kaki dari Kampung Baru ke KLCC sebanyak 20 minit.

The River of Life juga direka dengan laluan yang menuju ke tarikan pelancong popular seperti Dataran Mereka, Masjid Jamek dan Pasar Seni. Dari sana, anda boleh turun ke Petaling Street untuk menerokai kafe estetik, bar dan barangan murah sebelum melawat ke tapak kebudayaan seperti kuil Sri Maha Mariamman atau kuil Sin Sze Si Ya.

Walau bagaimanapun, sesetengah individu merasakan bahawa KL dibina untuk kereta dan bukannya mesra pejalan kaki.

Sumber: Reddit @r/malaysia

4. Ipoh, Perak

Sumber: Instagram alvin8883/ faizabdullah

Ipoh kini semakin mendapat tarikan sebagai destinasi pelancongan bagi penduduk tempatan dan pelancong. Anda boleh menerokai seni bina kolonial yang unik seperti Stesen Kereta Api Ipoh dan Menara Jam Birch yang berada bertentangan antara satu sama lain. Concubine Lane juga terkenal sebagai jalan yang dipenuhi tarikan kebudayaan, kafe, makanan asli Ipoh dan seni jalanan.

5. Putrajaya

Sumber: Instagram kualalumpurcity/ hasomong 

Walaupun Putrajaya agak besar tetapi kemudahan setiap presint untuk diakses dengan hanya berjalan kaki cukup membanggakan.

Terdapat beberapa presint di Putrajaya yang berbaloi untuk berjalan kaki kerana mempunyai taman yang cantik dan bangunan yang indah. Dari hab Putrajaya serta Dataran Putra, anda boleh berjalan kaki ke Tasik Putrajaya serta Jambatan Seri Wawasan.

BACA JUGA: 15 Gorgeous Parks In Putrajaya And Cyberjaya You Should Visit For Exercise Or Just OOTDs

Kita beralih pula ke bandar yang kurang memuaskan

1. Johor Bahru, Johor

Malangnya, ramai penduduk Johor Bahru mengeluh tentang kesukaran untuk berjalan kaki di bandar ini. Walaupun berhampiran dengan Singapura yang dikategorikan sebagai bandar mesra pejalan kaki, mesti anda akan mengharapkan beberapa perancangan bandar negara tersebut diguna pakai di Johor.

Namun, kebanyakan rakyat Malaysia di platform Reddit pula lain ceritanya kerana ramai yang menganggap bahawa JB terlalu besar dan agak sibuk untuk pejalan kaki.

2. Seremban, Negeri Sembilan

Seremban adalah sebuah bandar yang menarik dan tenang dari kesibukan pusat bandar. Jadi sepatutnya lebih mesra pejalan kaki, betul tak?

Tetapi sebaliknya pula apabila penduduk tempatan banyak merungut tentang perancangan bandar yang kurang memuaskan sehingga menyebabkan keadaan agak sukar untuk berjalan kaki.

Sumber: Google Maps

Walaupun Seremban adalah sebuah bandar yang agak baharu dan jalan utama dari Terminal 1 bas ke Prima Mall akhirnya mempunyai jambatan pejalan kaki, tetapi masih terdapat banyak ruang yang boleh diperbaiki bagi menjadikan bandar ini mesra pejalan kaki.

3. Klang, Selangor

Beberapa kawasan di Klang sebenarnya bagus untuk diterokai dengan berjalan kaki, seperti Little India di Tengku Kelana Klang yang membawa anda ke Masjid India Muslim bersejarah, Klang Heritage Walk dan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz.

Walau bagaimanapun, Klang juga mempunyai reputasi sebagai bandar paling bahaya di Asia Tenggara.

Sumber: Numbeo

Menurut pangkalan data global daripada sumber orang ramai di Rusia pada 2021, Klang menduduki tempat pertama sebagai bandar yang mempunyai indeks jenayah tertinggi dan keselamatan terendah.

Walaupun polis Selangor telah menolak dakwaan itu dan penduduk Klang mungkin menyangkal kenyataan tersebut, perkara ini masih membuktikan bahawa kita perlu melakukan banyak perkara untuk menjadikan bandar ini selamat kepada pejalan kaki.

Masih jauh lagi perjalanan untuk menjadikan negara ini ‘syurga’ buat pejalan kaki. Tetapi nampaknya sudah ada sedikit perubahan ke arah kemajuan yang betul. Mana tahu, suatu hari nanti kita mungkin lebih kerap berjalan kaki dari kebiasaannya?

BACA JUGA: What Would Famous Cities Around The World Look Like In Malaysia?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd