[Video] Raja Permaisuri Sebak, Rakyat Di Tawau Sabah Sanggup Bersalaman Sambil Dukung Bayi
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri tiba di Tawau, Sabah untuk program Kembara Kenali Borneo yang berlangsung dari 3 sehingga 13 September 2023.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dikenali dengan sikap yang mesra rakyat.
Kalau ada rakyat Malaysia terserempak dengan mereka, pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama.
Bukan sahaja rakyat tempatan, malah pelancong asing juga teruja dapat bertemu dengan baginda ketika bercuti di Cameron Highlands, Pahang.
Artikel Berkaitan: [Video] Pelancong Amerika Teruja Dapat Jumpa Agong Di Tempat Awam Ketika Bercuti Di Cameron Highlands
Artikel Berkaitan: [Video] Terhibur Dengan Rambut Palsu, Netizen Puji Agong Tak Kekok Bergurau Dengan Rakyat
Artikel Berkaitan: “Bestnya Dapat Jumpa Tuanku” – Ramai Teruja Lihat Agong Bawa Keluarga Ke KFC Untuk Santapan Tengah Hari [Video]
Raja Permaisuri Terharu Dengan Sambutan Penduduk Tawau Ketika Tiba Untuk Program Kembara Kenali Borneo
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram (@istana_negara), Agong dan Raja Permaisuri menunjukkan suasana ketika tiba di Tawau untuk program ‘Kembara Kenali Borneo’ pada Ahad lalu (3 September).
Sambutan penduduk tempatan di Tawau, Sabah yang cukup meriah membuatkan Raja Permaisuri menangis sebak kerana terlalu terharu melihat suasana mereka meraikan kehadiran baginda.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menzahirkan rasa terharu dengan sambutan yang diberikan rakyat semasa ketibaan Baginda berdua di Tawau, Sabah untuk program Kembara Kenali Borneo.
Istana Negara.
Siap ada yang sanggup berlari sambil mendukung anak kecil semata-mata untuk bersalaman dengan Raja Permaisuri yang berada di dalam kereta dipandu sendiri oleh Agong.
Dalam video lain yang dimuat naik di laman X (Twitter @LinaRamsah), Raja Permaisuri dilihat mendengar rintihan penduduk tempatan dan mencatat aduan mereka di dalam sebuah buku.
Walaupun dalam keadaan kelam kabut dan kereta yang dinaiki dikelilingi oleh orang ramai, Tunku Azizah tetap prihatin dengan nasib rakyat.
Jap jap tulis. Jalan teruk. Jalan sini teruk ye.
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Kah kah kah pic.twitter.com/o3f68jdKGC
— Lina Klasik (NEW ACC) (@LinaRamsah) September 4, 2023
Netizen Kagum Dengan Sikap Raja Permaisuri Tekun Dengar Aduan Rakyat Di Sabah
Di ruangan komen video menunjukkan Raja Permaisuri tekun menulis aduan rakyat di dalam sebuah buku, ramai netizen yang beranggapan Tunku Azizah benar-benar mengambil perhatian tentang keluhan rakyat tempatan di sana.
Bukan selalu ya dapat berjumpa dengan Agong dan Raja Permaisuri secara bersemuka. Disebabkan itu, ramai yang mengambil kesempatan untuk meluahkan nasib sebagai penduduk tempatan.
Program Kembara Kenali Borneo
Buat pertama kalinya, program Kembara Kenali Borneo diadakan dengan kunjungan hormat oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri di negeri Sabah dan Sarawak.
Program tersebut telah bermula pada 3 September sehingga 13 September 2023 di sekitar kawasan Tawau di Sabah sehingga Telok Melano, Sarawak.
Antara aktiviti yang dilakukan dalam program ini adalah Baginda dan Raja Permaisuri berkenan berangkat ke Dewan Perdana Lahad Datu untuk aktiviti memasak dan Majlis Santapan Bersama Rakyat.
Selain itu, baginda juga menyantuni beberapa peniaga kecil dan masyarakat tempatan ketika dalam perjalanan dari bandar Tawau ke Lahad Datu.
Sumber: Instagram Istana Negara | Twitter Lina Ramsah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.