Now Reading
Gempa Bumi Turkiye: Kanak-kanak Rayu Diselamatkan, Sanggup Jadi Orang Suruhan Untuk Balas Jasa

Gempa Bumi Turkiye: Kanak-kanak Rayu Diselamatkan, Sanggup Jadi Orang Suruhan Untuk Balas Jasa

Kanak-kanak itu dilihat terbaring dan tidak dapat menggerakkan badan kerana dihempap dengan serpihan konkrit yang runtuh ketika gempa bumi di Turkiye.

gempa bumi turkiye

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sekitar jam 4:17 pagi pada Isnin lalu (6 Februari), Turkiye berdepan situasi cemas apabila negara mereka telah dilanda gempa bumi berukuran 7.8 magnitud dengan kedalaman 24.1 kilometer.

Kejadian gempa bumi itu yang kini telah meragut lebih 7,800 orang mangsa turut dirasai Lubnan, Syria, Beirut dan Damsyik.

Gempa bumi yang dilaporkan sebagai paling buruk dalam tempoh 100 tahun di Turkiye itu telah meruntuhkan puluhan bangunan di beberapa kawasan bandar.

Antara bandar yang terjejas di Turkiye akibat gempa bumi ini adalah:

  • Gaziantep
  • Kahramanmaras
  • Sanliurfa
  • Osmaniye
  • Diyarbakir
  • Malatya

Malaysia yang mempunyai hubungan baik dengan Turkiye memutuskan untuk menghantar bantuan keselamatan ke Turkiye.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah memberi persetujuan untuk menghantar 75 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi misi bantuan di Turkiye.

BACA JUGA: Gempa Bumi Turkiye: Malaysia Hantar 75 Anggota SMART Untuk Misi Bantuan

gempa-bumi-turkiye-1
Sumber: BBC

Kanak-kanak Merayu Untuk Diselamatkan Dari Bawah Runtuhan Gempa Bumi Di Turkiye

Runtuhan bangunan susulan gempa bumi di Turkiye telah menyebabkan ramai mangsa yang terperangkap termasuklah kanak-kanak.

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial dimuat naik oleh seorang wartawan di laman Twitter miliknya (@MuhammadSmiry) menunjukkan keadaan di mana dua orang kanak-kanak perempuan terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Kanak-kanak perempuan itu dilihat bersama adiknya dilihat terbaring dan tidak dapat menggerakkan badan kerana telah dihempap dengan serpihan konkrit bangunan yang runtuh.

Ketika mereka berdua ditemui, kanak-kanak yang dipercayai seorang kakak merayu agar dia dah adiknya dikeluarkan dan berhasrat untuk melakukan apa sahaja walaupun sebagai orang suruhan sebagai balasan membantu mereka.

Dalam bebenang ciapan yang dimuat naik, wartawan itu melaporkan bahawa dua orang kanak-kanak itu telah berjaya diselamatkan.

Difahamkan, ibu bapa mereka telah terkorban dalam kejadian gempa bumi di Turkiye.


Netizen Luah Rasa Syukur 2 Orang Kanak-kanak Itu Berjaya Diselamatkan

Video tular menunjukkan keadaan terdesak kanak-kanak itu membuatkan ramai netizen meluahkan rasa syukur selepas dia dikatakan berjaya diselamatkan dari bawah runtuhan bangunan akibat gempa bumi di Turkiye.

Keadaan mereka juga membuatkan ramai sedih dan tidak lupa untuk mendoakan agar kesemua mangsa yang terlibat dalam kejadian gempa bumi di Turkiye berjaya diselamatkan.


Mangsa Yang Meninggal Dunia Akibat Gempa Bumi Adalah Mati Syahid

Bekas Mufti Negeri Sembilan Sahibus Samihah Datuk Haji Mohd Yusof Bin Haji Ahmad menjelaskan bahawa mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian gempa bumi di Turkiye dikategorikan sebagai mati syahid.

Walau bagaimanapun, jenazah mereka perlulah diuruskan sama seperti jenazah beragama Islam yang lain iaitu dimandi, dikafan dan disolatkan sebelum dikebumikan.

Haji Yusof juga memberitahu bahawa rakyat Malaysia boleh melakukan solat jenazah ghaib kepada mangsa gempa bumi di Turkiye selepas mereka selesai dimandikan.

BACA JUGA: Mangsa Korban Gempa Bumi Turkiye & Syria Adalah Mati Syahid, Jelas Bekas Mufti N9


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd