Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Mula Diagihkan Mulai Esok, 17 Januari
Bantuan Tunai B40 yang diperkenalkan sebelum ini telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini menerusi satu kenyataannya memaklumkan bahawa Bantuan Tunai B40 telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada pelbagai jenis inisiatif yang bakal diperkenalkan bagi membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8.7 Juta Golongan B40 Mula Terima Bantuan STR Mulai 17 Januari
Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan tentang pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion dan akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar secara berperingkat mulai esok (17 Januari).
Mengikut perancangan sebelum ini, bantuan tersebut sepatutnya diagihkan pada bulan Mac tetapi diawalkan bagi golongan B40 untuk meringankan beban kos sara hidup pada masa kini.
Berikut adalah maklumat tentang pengagihan bantuan mengikut kategori:
- Isi Rumah (4.0 juta penerima)
- Jumlah bantuan diberikan: RM300
- Warga Emas Tiada Pasangan (1.2 juta penerima)
- Jumlah bantuan diberikan: RM100
- Bujang (3.5 juta penerima)
- Jumlah bantuan diberikan: RM100
Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai
akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.
Mereka yang tidak mempunyai akaun bank boleh membuat pengeluaran tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Semakan status pembayaran boleh dilakukan mulai esok dan sebarang persoalan berkaitan STR juga boleh didapati di portal rasmi STR.
BACA JUGA: Kerajaan Beri RM300 Untuk Isi Rumah & RM100 Kepada Bujang Januari 2023 Ini
Untuk pengetahuan anda, bantuan tunai ini mula dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ketika negara berada di bawah pemerintahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.