Now Reading
Kerajaan Beri RM300 Untuk Isi Rumah & RM100 Kepada Bujang Januari 2023 Ini

Kerajaan Beri RM300 Untuk Isi Rumah & RM100 Kepada Bujang Januari 2023 Ini

Bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan ini dijangka akan memanfaatkan sembilan juta rakyat Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Ketika sidang Parlimen hari ini (20 Disember), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan kewangan kepada rakyat bermula Januari 2023.

Kerajaan akan memberikan RM300 kepada isi rumah dan RM100 kepada individu bujang sebagai sebahagian daripada fasa pertama Bantuan Tunai Rakyat.

Anwar menjelaskan pembentangan bajet mini ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia ketika musim tengkujuh dan kerajaan akan meneruskan pemberian bantuan tunai ini yang dijangka memanfaatkan kira-kira sembilan juta rakyat Malaysia.

Bantuan kewangan tersebut diberikan lebih awal berbanding yang dijadualkan pada Mac 2023.

Tambah beliau lagi, keputusan ini dibuat membantu mereka yang memerlukan khususnya petani dan nelayan yang tinggal di wilayah pantai timur.

Kami telah mempercepatkan proses pemberian bantuan ini supaya mereka yang memerlukan dapat menggunakannya bagi memudahkan urusan kehidupan mereka, terutamanya mereka yang terjejas akibat banjir di pantai timur.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd