Now Reading
Pelajar Beli Telur Sepapan Untuk Jimat, Sekali Housemate Pula Main Pakai Sesuka Hati Tanpa Izin

Pelajar Beli Telur Sepapan Untuk Jimat, Sekali Housemate Pula Main Pakai Sesuka Hati Tanpa Izin

Pelajar universiti itu mahu menegur rakan serumahnya yang sesuka hati menggunakan bahan masakannya tetapi risau dikatakan seorang yang kedekut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kehidupan ketika zaman belajar memang macam-macam dugaan. Ada yang diuji dengan pelbagai jenis ragam kawan dan ada juga yang diuji dari segi kewangan.

Ada waktu boleh makan sedap, ada masa memang mi segera jadi penyelamat di kala ‘dompet kering’.

Lebih-lebih lagi ekonomi dan harga barang sekarang ini semakin meningkat. Jadi, ramai yang mula berjimat dalam berbelanja bagi menjamin kesetabilan kewangan mereka sehingga hujung semester.

BACA JUGA: “Nasi & Telur Kongsi 3 Orang” – Ramai Kongsi Kisah Susah Cari Makan Masa ‘Broke’

Rakan Serumah Selalu Masak Guna Bahan Orang Lain Tanpa Minta Izin

Kenaikan harga barangan di Malaysia ini turut dirasai oleh seorang pelajar universiti yang tinggal di rumah sewa bersama beberapa orang rakannya.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Twitter (@confesstweetmy), pelajar berkenaan berkongsi cerita apabila dia terpaksa menyewa rumah kerana tidak ditawarkan kolej di universiti.

Dalam pada itu, perbelanjaan hariannya juga bergantung dengan wang dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang hanya cukup-cukup makan.

BACA JUGA: myPTPTN: Aplikasi Mudah Untuk Buat Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Difahamkan, pelajar tersebut bukanlah dari keluarga yang senang dan perlu berjimat cermat dalam berbelanja.

Saya bukan orang senang. Memang berjimat-cermat guna duit PTPTN. Kalau makan, saya biasa beli telur sepapan, beras lima kilogram, kicap dan nugget. Boleh kata makan itu je setiap hari.

Pelajar universiti.
Sumber: Malay Mail/The Outlook Asia

Tetapi yang menjadi masalah adalah apabila salah seorang rakan serumah sewanya itu dikatakan sesuka hati menggunakan telur yang dibelinya untuk berjimat-cermat.

Kalau dia minta izin mungkin boleh dipertimbangkan, tetapi rakannya itu tanpa bertanya dan terus menggoreng telur yang dibelinya.

Nak tegur tapi takut digelar sebagai seorang yang kedekut pula. Jadi situasi ini agak merungsingkan pelajar ini juga.

Tapi ada housemate main goreng je telur dan nugget saya. Nak cakap tak boleh kang kata kedekut. Remeh je masalah ni tapi tak bestlah kita jimat orang lain pula tak faham situasi.

Pelajar universiti.

Orang Ramai Beri Pendapat Apa Perlu Buat Jika Hadapi Situasi Itu

Ramai yang turut memberikan pandangan serta pendapat mereka tentang situasi yang dialami oleh pelajar berkenaan.

Boleh dikatakan rata-ratanya mencadangkan pelajar itu berterus terang dengan rakan serumahnya bagi mengelakkan lebih banyak salah faham berlaku di antara mereka.

Kalau diikutkan dari segi adab, memang sepatutnya kita meminta izin tuannya dahulu sebelum meminjam barang mereka.

Malah, ada juga yang memberi pendapat agar dia menyimpan barang-barang masakan di dalam bilik supaya rakannya itu tidak boleh sesuka hati mengambilnya.

Pada masa sama, ada juga pengguna media sosial yang prihatin dan ingin berkongsi rezeki apabila mengetahui nasib pelajar tersebut yang hanya menjamah nasi bersama nugget setiap hari.

Sekarang ini kita semua sedang ‘struggle’ untuk berjimat duit memandang ekonomi yang semakin meningkat.

Kalau sekali-sekala mungkin boleh diterima lagi, tapi kalau dah selalu tu susah jugalah nak ditegur.

BACA JUGA: “Jangan Tahan Lapar..” – Peniaga Nasi Lemak ‘Offer’ Makanan Percuma Untuk Pelajar Yang Tak Cukup Duit Belanja


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd