Now Reading
Papan Tanda McDonald’s Di Johor Bahru Terbakar 80 Peratus

Papan Tanda McDonald’s Di Johor Bahru Terbakar 80 Peratus

Kejadian kebakaran papan tanda McDonald’s itu dilaporkan berlaku di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Bahru.

Papan Tanda McDonald's Di Johor Bahru Terbakar 80 Peratus

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebuah papan tanda restoran makanan segera iaitu McDonald’s di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Bahru dilaporkan terbakar pada lewat petang semalam (26 September).

Dalam video itu, api pada papan tanda tersebut dilihat sedang marak dan membakar sepenuhnya sktruktur berbentuk ‘M’ yang menjadi simbol kepada jenama McDonald’s.

Memetik laporan Astro Awani, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penguasa Bomba Kanan 11 Moha Kamal Shaari memaklumkan pihak mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6:50 petang.

Operasi memadamkan kebakaran tamat pada jam 7.16 petang. Sehingga kini, jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan.

Ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian, papan tanda tersebut didapati sudah 80 peratus terbakar dan tiada mangsa dilaporkan tercedera dalam kebakaran.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penguasa Bomba Kanan 11 Moha Kamal Shaari

Kejadian tersebut sempat dirakam oleh orang awam dan video berdurasi 14 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (Hazrey) telah tular di media sosial.

Pelbagai reaksi diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat video kejadian papan tanda McDonald’s terbakar di Johor Bahru.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd