“Jangan Sampai Rakyat Johor Desak Untuk Keluar Malaysia” – Sultan Johor
Antara beberapa perkara yang disebutkan oleh Sultan Ibrahim adalah bangunan Persekutuan yang tidak diselenggara dengan baik seperti di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI), dan banyak lagi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menerusi hantaran di Facebook miliknya hari ini (16 Jun) bertitah supaya kerajaan persekutuan memberikan peruntukan lebih banyak kepada negeri Johor.
Menurut Baginda, negeri Johor seolah-oleh dianaktirikan oleh kerajaan.
Baginda Tuanku Sultan turut bertitah menzahirkan perasaan sedih dengan keadaan bangunan Persekutuan yang tidak diselenggara dengan baik seperti:
- Hospital Sultanah Aminah (HSA)
- Hospital Sultan Ismail (HSI)
- Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Iskandar
Titah Sultan Johor, kemudahan Pusat Transformasi Bandar (UTC) juga perlu ditingkatkan dengan sistem penyampaian lebih cekap serta keadaan yang selesa.
Saya rasa seolah-olah Johor ini dianaktirikan, walhal Johor adalah antara penyumbang utama ekonomi negara. Saya menyeru kerajaan Persekutuan segera tunaikan janji untuk menaiktaraf Lebuh Raya Utara Selatan kepada enam lorong dan Lebuh Raya Senai-Desaru menjadi empat lorong sepenuhnya.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menerusi hantaran Facebook.
Baginda turut menyeru supaya kerajaan melihat sendiir keadaan jalan-jalan Persekutuan yang rosak dan berlubang, contohnya jalan Johor Bahru-Mersing yang membahayakan pengguna jalan raya.
Turut berangkat, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.
“Jangan Sampai Rakyat Johor Desak Untuk Keluar Dari Malaysia…”
Dalam hantaran yang sama, baginda turut menyatakan bahawa kemungkinan Johor akan lebih maju jika berdiri di atas kaki sendiri.
“Jangan sampai rakyat Johor mendesak untuk keluar dari Malaysia,” tegas Baginda.
Tuanku Sultan Ibrahim turut menzahirkan kekecewaan dengan keputusan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2018 untuk membatalkan permohonan rayuan tuntutan Batu Puteh.
Semua pihak mesti ingat tentang kuasa-kuasa negeri yang termaktub di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan 1957. Jangan buat keputusan sesuka hati.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menerusi hantaran Facebook.
Jelas baginda lagi, “Perdana Menteri ketika itu telah membuat keputusan sendiri, setelah dia mengarahkan Peguam Negara cuti berehat dan ketika kabinet belum lagi dibentuk.
“Kerajaan Johor juga langsung tidak dirujuk, sedangkan keputusan itu melibatkan tanah dan kedaulatan Negeri Johor,” titah Baginda.
BACA JUGA: Terminal Feri Desaru Coast Bakal Lancar Perjalanan Ke Singapura. 90 Minit Je!
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.