Now Reading
Terminal Feri Desaru Coast Bakal Lancar Perjalanan Ke Singapura. 90 Minit Je!

Terminal Feri Desaru Coast Bakal Lancar Perjalanan Ke Singapura. 90 Minit Je!

Terminal Feri Desaru Coast juga dijangka akan disambungkan ke Kepulauan Riau Batam dan Bintan, Indonesia, tidak lama lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Akses ke Desaru Coast Destination Resort iaitu destinasi bersepadu terbesar di Malaysia kini akan menjadi lebih mudah dengan perkhidmatan feri baharu dari Singapura.

Desaru Link Ferry Services, anak syarikat Batam Fast Ferry (Batam Fast) telah dilantik untuk menawarkan perkhidmatan feri penumpang antara Terminal Feri Tanah Merah Singapura dan Terminal Feri Desaru Coast yang baru siap.

90 Minit Perjalanan.

Dengan laluan laut baharu ini, penumpang akan dapat memulakan perjalanan selama 90 minit dari Terminal Feri Tanah Merah – yang serupa dengan laluan darat tanpa lalu lintas.

Tambahan pula, Terminal Feri Desaru Coast dijangka akan disambungkan ke Kepulauan Riau Batam dan Bintan, Indonesia, tidak lama lagi.

Terminal Feri Desaru Coast yang baru siap kini disambungkan ke Singapura melalui perjalanan feri selama 90 minit yang dikendalikan oleh Desaru Link Ferry Services.
(Sumber: Travel Weekly Asia)

Perkhidmatan Feri Antara Singapura – Pantai Desaru.

Memetik laporan Travel Weekly Asia, dari Singapura, Batam Fast dijangka menyediakan dua perjalanan pergi dan balik ke Pantai Desaru pada hari Khamis hingga Ahad.

Manakala, satu perjalanan pergi balik pada Isnin hingga Rabu berdasarkan permintaan pasaran.

Kapasiti feri ini mungkin akan berbeza iaitu dari 150 hingga 338 penumpang.

Kedua-dua kekerapan perkhidmatan dan kapasiti feri akan meningkat apabila keadaan pasaran bertambah baik dan industri pelancongan pulih.


Tarikh Masih Belum Diumumkan.

Perkhidmatan feri penumpang akan disediakan antara terminal feri Tanah Merah Singapura dan Terminal Feri Desaru Coast.
(Sumber: CNA)

Syarikat-syarikat tersebut walau bagaimanapun masih belum mengumumkan tarikh permulaan perkhidmatan feri ini.

Jurucakap Desaru Coast menjelaskan kepada CNA bahawa, “Permulaan perkhidmatan feri antara Singapura dan Malaysia adalah bergantung kepada peraturan sempadan kedua-dua negara dan kelulusan daripada pihak berkuasa maritim kedua-dua negara.”

Pengunjung juga boleh pergi ke pulau Bintan dan Batam dari Terminal Feri Desaru Coast yang bakal dibuka pada masa hadapan.

BACA JUGA: VTL Pulau Pinang – Singapura Bermula Hari Ini, 16 Mac


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd