VTL Pulau Pinang – Singapura Bermula Hari Ini, 16 Mac
Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara antara Singapura dan Pulau Pinang akan menerima dua penerbangan pertamanya hari ini.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Terbaharu, program Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara antara Singapura dan Pulau Pinang secara rasminya telah bermula hari ini, 16 Mac.
Sebagai permulaan, empat penerbangan akan disediakan setiap hari bagi program ini dan antara syarikat yang terlibat adalah seperti AirAsia, Malaysia Airlines, Scoot dan Singapore Airlines.
Menurut Pengurus Kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Mohd Nadzim Hashim, pihaknya akan menjangkakan penambahan penumpang selepas adanya program VTL ini.
Sebelum ini hanya dua penerbangan sahaja terlibat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang iaitu membabitkan Singapura dan Taiwan.
Pengurus Kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Mohd Nadzim Hashim.

Dua penerbangan pertama tiba hari ini
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Yeoh Soon Hin pula memaklumkan anggaran peratusan pengembara ke Pulau Pinang masih tidak dapat dijangka.
Mungkin kita dapat menjangkakan anggaran peratusan pengembara ke Pulau Pinang selepas pesawat pertama tiba pada jam 1.15 petang hari ini menerusi penerbangan AirAsia dari Singapura.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin
Walau bagaimanapun, penerbangan AK1730 AirAsia yang sepatutnya tiba dari Singapura pada 1.15 tengah hari kini akan tiba pada 6.40 petang selepas melihat kepada pertimbangan operasi.
Penerbangan kedua yang dijadualkan tiba pada jam 7.00 malam akan diteruskan seperti biasa.

Diharapkan program VTL Pulau Pinang-Singapura ini dapat merancakkan kembali kegiatan ekonomi dan juga pelancongan bagi kedua-dua belah pihak.
Laluan VTL ini juga dikatakan bakal diperluaskan ke Kota Kinabalu tidak lama lagi dan masih dalam perbincangan.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.