Now Reading
Ebit Lew Hulur Bantuan Kepada Ibu Bawa Anak Ketika Kerja Sebagai Rider

Ebit Lew Hulur Bantuan Kepada Ibu Bawa Anak Ketika Kerja Sebagai Rider

Bukan setakat rumah, malah barangan keperluan seperti peti ais, mesin basuh, periuk nasi, almari dan tilam turut diberikan oleh Ebit Lew kepada ibu tunggal itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Ibu adalah insan yang paling kuat dalam dunia. Walau susah macam mana sekalipun, ibu pastinya akan mementingkan anaknya terlebih dahulu.

Sama seperti kisah yang pernah tular sebelum ini apabila seorang wanita dipercayai bekerja sebagai rider foodpanda dilihat mendukung anaknya pada badan sambil menaiki motosikal.

Lebih memilukan, anak kepada wanita tersebut juga mempunyai masalah penglihatan pada kedua-dua belah mata.

BACA JUGA: [Video] Netizen Sebak Lihat Ibu Dukung Anak Sambil Jadi Rider Foodpanda

Trauma hantar anak kepada pengasuh

Ketika ditemui oleh wartawan, wanita ini berkongsi cerita sebenar di sebalik apa yang pernah berlaku kepada anaknya.

Anaknya, Zahirah berusia berusia lima tahun itu merupakan seorang yang hyperaktif dan sukar untuk berenggang dengan ibunya.

Syarikat di mana dia bekerja juga meminta untuk menghantar anaknya ke pusat jagaan.

Namun, dia agak trauma apabila anaknya pernah pulang dengan kesan bengkak pada tubuh badan ketika dihantar kepada pengasuh.

Kredit: TikTok @zarethnasha

Oleh disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk membawa anaknya turut serta ketika menghantar pesanan makanan kepada pelanggan.

Ibu tunggal ini menceritakan anaknya langsung tidak pernah meragam ketika mengikutnya menghantar pesanan makanan.

Tetapi dia pula yang dimarahi oleh pelanggan kerana dikatakan sanggup membiarkan anak meredah hujan dan cuaca panas.

Ebit Lew bantu beri sumbangan

Sejak video yang dimuat naik oleh pengguna TikTokk @zarethnasha tular di media sosial, wanita ini meluahkan rasa syukur apabila ramai orang menghulurkan bantuan kepadanya.

Salah seorangnya adalah Ebit Lew.

Kredit: Facebook Ebit Lew
Kredit: Facebook Ebit Lew

Ebit Lew membuat perkongsian di laman Facebook miliknya dan memaklumkan dia telah memberi bantuan rumah yang sudah dibayar sepenuhnya kepada wanita tersebut.

Bukan setakat rumah, malah barangan keperluan seperti peti ais, mesin basuh, periuk nasi, almari dan tilam turut diberikan.

Kredit: Facebook Ebit Lew
Kredit: Facebook Ebit Lew

Pengorbanan seorang ibu tiada nilainya.

Semoga bantuan yang dihulurkan oleh orang ramai ini boleh mengurangkan beban ibu tunggal itu.

Sama-sama kita doakan semoga wanita ini kuat menghadapi dugaan dan dipermudahkan untuk mencari rezeki. Amin.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd