Now Reading
“Terpaling Nak Cepat” – Motor Rider Tersekat Pada Simen Basah Atas Jalan Undang Pelbagai Reaksi

“Terpaling Nak Cepat” – Motor Rider Tersekat Pada Simen Basah Atas Jalan Undang Pelbagai Reaksi

Kelihatan penghantar makanan itu sedang berusaha sedaya upaya untuk menggerakkan motosikalnya yang tersekat dalam simen basah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila berada di atas jalan raya, pengguna bukan sahaja perlu memastikan keselamatan diri sendiri, malah harus cakna dengan keadaan sekeliling.

Hal ini termasuklah memerhati segala perkara yang terletak di sepanjang jalan sebagai contoh lampu isyarat, papan tanda had kelajuan, tanda amaran dan lain-lain.

Dalam sesetengah kes, kelakuan pemandu yang tidak mematuhi peraturan ketika berada di jalan mampu memberi kemudaratan kepada diri sendiri.


Motor Rider Tersangkut Dalam Simen Yang Belum Kering

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @AsyrafRosli) menyaksikan situasi cemas dilalui oleh seorang penghantar makanan.

Menerusi video dikongsi, kelihatan motor milik rider tersebut telah melalui jalan yang baru sahaja disimen.

Oleh disebabkan simen itu belum kering sepenuhnya, dan kerja membuat jalan masih dijalankan, kenderaan itu telah tersekat serta tidak boleh bergerak.

Sumber: X

Kon Amaran Sudah Diletakkan Pada Lokasi Kejadian

Walaupun berkali-kali memulas handle minyak motor, namun motosikal milik penghantar makanan tersebut masih tidak berganjak dari lokasi kejadian.

Jika anda lihat pada klip video itu, kelihatan beberapa kon amaran diletakkan sepanjang kawasan pembaikan jalan.

Antara senario yang berkemungkinan berlaku adalah penghantar makanan tersebut tidak menyedari kon semasa menunggang motosikal.

Perkongsian berdurasi 11 saat itu kemudiannya telah menerima pelbagai reaksi dari warga netizen di laman X.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Motor Rider Yang Tersekat Di Simen

Menjengah ke ruangan balas, segelintir warganet berkata orang ramai sepatutnya berasa simpati dengan nasib pekerja yang terpaksa membaik pulih jalan itu semula.

“Kesian apa, orang dah pasang kon dia pergi langgar. Kesian orang yang buat kerja di situ, kena buat kerja lagi,” kata seorang netizen.

Malah, seorang pekerja bahagian pembinaan turut berkongsi pengalaman lebih kurang sama yang pernah dilaluinya semasa bertugas.

“Aku pun kerja bahagian pembinaan juga. Ada masa kena tutup penuh jalan sebab nak korek jalan. Ada juga rider yang main langgar kon masuk sampai ke tempat kami buat kerja. Dah kena tegur, dia (rider) tegur kita balik,” jelas seorang lelaki.

Ada juga yang berpendapat kejadian sebegitu tidak akan berlaku jika dia berwaspada sehingga ada yang menjadikannya sebagai satu jenaka.

“Sampai raya tahun depan pun abang rider tu melekat (di simen),” ujar seorang wanita.

Sumber: X

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Minta ‘Ketuk Pintu & Lari’. Rider Ini Turut Perintah Buat Ramai Berdekah!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rider Tendang Motor Sendiri, Bengang Ditarik Oleh Ejen Gara-gara Tak Bayar 3 Tahun


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd