Pelanggan Minta ‘Ketuk Pintu & Lari’. Rider Ini Turut Perintah Buat Ramai Berdekah!
“Tolong letak atas rak depan pintu sahaja. Pastu ketuk pintu, pastu lari.” – Nota permintaan pelanggan kepada abang foodpanda.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Sejak kes penularan pandemik Covid-19 kian meningkat di Malaysia, kita semua dapat melihat bahawa industri penghantaran makanan kini menerima jumlah pelanggan yang semakin tinggi.
Mana tidaknya, rata-rata masyarakat ketika ini hanya bekerja dari rumah dan mereka mengambil pendekatan untuk memesan makanan secara dalam talian.

Kalau tiada keperluan penting untuk keluar, duduk di rumah, okay?
Rider foodpanda turut perintah lepas diminta ‘ketuk pintu dan lari’
Ya, itu merupakan permintaan yang tertulis dalam tiket pesanan seorang rider foodpanda.
“Tolong letak atas rak depan pintu sahaja. Pastu ketuk pintu, pastu lari.”
Video tersebut telah dimuat naik oleh tuan empunya video sendiri yang juga pengguna TikTok @anasmansor99 dan rider foodpanda. Setakat ini, video tersebut berjaya meraih lebih 98K likes, 5,680 komen ketika artikel ini ditulis.
Tonton video penuh di bawah:
@anasmansor99 Hyee tiktok!!!🤭 ##foodpandamalaysia ##fyp ##fypシ゚
♬ original sound – Abang Panda
Yang paling dikagumi, dia sempat pula set kamera elok-elok, berlari naik turun tangga untuk buat video yang menghiburkan ni.
Salute betul!
Netizen terhibur dengan telatah Abg Panda




Jangan lepas ni makin banyak permintaan pelik-pelik untuk rider sudah. Netizen ni boleh tahan juga tahap kreatif mereka.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.