Now Reading
Banjir Johor: Rider Penghantar Makanan Bantu Agih Bantuan Kepada Mangsa Terjejas Di PPS

Banjir Johor: Rider Penghantar Makanan Bantu Agih Bantuan Kepada Mangsa Terjejas Di PPS

Misi bantuan kepada mangsa banjir di Johor ini dianjurkan oleh Rider Penghantar Makanan Batu Pahat dan Bubur Kangkung Parit Besar.

Banjir Johor: Rider Penghantar Makanan Bantu Agih Bantuan Kepada Mangsa Terjejas Di PPS

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bencana banjir yang berlaku di Johor baru-baru ini telah menjejaskan ramai penduduk di beberapa daerah seperti Segamat, Batu Pahat, Kluang, Muar dan Kota Tinggi.

Difahamkan banjir yang berlaku ini adalah kali kedua pada tahun 2023.

Hal ini sekaligus membuatkan Menteri Besar Johor meluahkan rasa risau dan memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyediakan moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa yang terjejas.

Anwar Ibrahim di Dewan Parlimen semalam (7 Mac) mengumumkan bahawa tiga buah bank iaitu Maybank, CIMB dan Agrobank bersetuju untuk memberikan moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa banjir di Johor.

BACA JUGA: Banjir Johor: Kerajaan Umum Moratorium Hingga 6 Bulan Kepada Mangsa Banjir

Banjir-Johor_-Rider-Penghantar-Makanan-Bantu-Agih-Bantuan-Kepada-Mangsa-Terjejas-Di-PPS-1
Sumber: Facebook Onn Hafiz Ghazi

Rider Sama-sama Bantu Agih Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Johor

Selain dikurniakan pemerintah prihatin, Malaysia juga mempunyai rakyat yang turut mengambil berat tentang masalah berlaku kepada masyarakat lain.

Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@thetoratora), sekumpulan rider penghantar makanan sekitar Batu Pahat, Johor menjalankan misi bantuan dengan mengagihkan bekalan makanan kepada mangsa banjir.

Lokasi pada hari pertama (5 Mac) ‘Ride Amal’ mereka ini adalah Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Chan, Parit Imam Batu Pahat.

Misi tersebut diteruskan pula untuk hari kedua pada 6 Mac di PPS Sekolah Kebangsaan Sri Broleh, Batu Pahat.

Antara rider yang terlibat dalam misi bantuan ini adalah penghantar makanan dari GrabFood dan juga Foodpanda.

Pada masa yang sama, peniaga Bubur Kangkung Parit Besar juga terlibat dalam misi bantuan berkenaan dengan menyediakan hidangan kepada mangsa banjir.

Ketibaan rider ini membuatkan ramai mangsa banjir di PPS teruja dan terharu dengan kedatangan mereka.


Netizen Terharu Lihat Usaha Rider Bantu Mangsa Banjir Di Johor

Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan reaksi positif dari orang ramai selepas mereka turut meluahkan rasa terharu melihat keprihatinan rakyat menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Johor.

Bersyukur bila ada masyarakat yang saling bantu-membantu apabila ada yang ditimpa kesusahan.

Malah, mereka juga mendoakan agar kesemua rider yang terlibat dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kerana bertungkus-lumus meringkan beban penduduk Johor yang terjejas.


Usaha yang sama pernah dilakukan oleh sekumpulan rider penghantar makanan ketika banjir besar melanda negeri Selangor pada Disember 2021.

Pada ketika itu, ramai rider yang sanggup datang dari jauh seperti Bandar Sunway semata-mata untuk turut serta menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir di daerah Hulu Langat.

BACA JUGA: [Video] Netizen Bangga Geng ‘Rider’ Hulur Bantuan Mangsa Banjir Di Hulu Langat

BACA JUGA: [Video] “Berani Lu Bro” – Tular Rider Rela Redah Banjir Demi Nak Hantar Makanan


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd