[Video] Rider Tendang Motor Sendiri, Bengang Ditarik Oleh Ejen Gara-gara Tak Bayar 3 Tahun
Motosikal milik penghantar makanan itu didakwa terpaksa ditarik oleh pihak ejen kerana tidak menyelesaikan pembayaran tertunggak selama 34 bulan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, setiap tunggakan pembayaran dalam tempoh melebihi had melibatkan kenderaan seperti motosikal dan kereta akan mengakibatkan ia ditarik oleh pihak tertentu.
Tindakan ini dilakukan selepas kedua-dua pihak telah bersetuju memulangkan semula barangan yang dibeli jika bayaran tidak dilunaskan dalam tempoh yang diberikan.
Sebagai pembeli, boleh dikatakan mereka juga sudah dimaklumkan tentang perkara tersebut.
Rider Penghantar Makanan Bengang Hingga Tendang Motosikal Sendiri
Menerusi video tular yang dimuat naik semula di laman TikTok (@berita.alhijrah), seorang lelaki dipercayai bekerja sebagai penghantar makanan dilihat telah menendang sebuah motosikal miliknya dengan agresif.
Aksinya itu mengakibatkan beberapa peralatan pada bahagian motosikal terbabit telah pecah dan terpelanting.
Malah, beg yang membawa pesanan makanan untuk pelanggan juga berada di bahagian lantai dalam keadaan terbuka.
@berita.alhijrah Aksi tular penunggang p-hailing merosakkan motosikal miliknya di kawasan pusat beli belah di Puchong berpunca tidak berpuas hati kenderaan itu hendak ditarik kerana tertunggak hampir tiga tahun. #beritaalhijrah #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #beritatiktok #fyp #fypシ #puchong #foodpanda #rider #phailing #motosikal
♬ original sound – BeritaAlHijrah – BeritaAlHijrah
Bayaran Motosikal Dipercayai Tertunggak Hampir 3 Tahun Punca Ia Terpaksa Ditarik Oleh Ejen
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan memaklumkan kejadian tersebut berlaku pada 11 September lalu sekitar jam 3:10 petang di kawasan tempat parkir motosikal sebuah pusat membeli-belah berhampiran Puchong.
Memetik sumber Buletin TV3, motosikal milik penghantar makanan itu didakwa terpaksa ditarik oleh pihak ejen kerana tidak menyelesaikan pembayaran tertunggak selama 34 bulan.
Lelaki itu menendang motosikalnya sebelum diserahkan kepada pihak ejen yang menarik kenderaan. Laporan tarik motosikal dibuat oleh ejen tarik kenderaan pada hari sama di Balai Polis Brickfield.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan.
Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Aksi Rider Tendang Motosikal Kerana Bengang Ditarik Oleh Ejen
Ruangan komen di video berkenaan dipenuhi dengan pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya bengang melihat aksi agresif oleh penghantar makanan tersebut.
Ramai netizen yang berpendapat tempoh tunggakan bayaran yang tidak dilunaskan itu agak lama kerana hampir tiga tahun.
Tambah netizen lagi, rider tersebut tidak seharusnya bersikap bengang apabila tindakannya sendiri yang tidak membayar hutang menyebabkan motosikal milik ditarik oleh ejen.
Pada masa yang sama, ada netizen mendakwa aksi agresif itu sengaja dilakukan untuk menarik perhatian sesetengah pihak.

Artikel Berkaitan: Praktik Formula Simpan Duit Ini Untuk Hidup ‘Goyang Kaki’ Masa Umur 55 Tahun Nanti
Artikel Berkaitan: “Ingatkan Gaji RM10K Cukup Nak Bayar” – Founder Tudung Kesal Beli Vellfire Lepas Kena Tarik Sebab Beban
Artikel Berkaitan: Motor Ditarik Oleh Bank, Bapa Sanggup Jalan Kaki 8KM Hantar Anak Ke Sekolah
Sumber: Buletin TV3 | TikTok Berita Al-Hijrah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.