Now Reading
“Ingatkan Gaji RM10K Cukup Nak Bayar” – Founder Tudung Kesal Beli Vellfire Lepas Kena Tarik Sebab Beban

“Ingatkan Gaji RM10K Cukup Nak Bayar” – Founder Tudung Kesal Beli Vellfire Lepas Kena Tarik Sebab Beban

Wanita ini menyatakan dia tersilap langkah dalam menguruskan kewangan dan telah terjerat dengan bebanan hutang kerana menyangka pendapatan sebanyak RM10,000 yang diperolehi setiap bulan cukup untuk membayar Vellfire.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bab menguruskan kewangan memang sesuatu topik yang sukar untuk seseorang itu fahami dan praktik dengan cara yang betul.

Kadangkala, gaji dah tinggi cukup untuk menampung segala perbelanjaan setiap bulan, tetapi pengurusan duit pula kelaut. Paling parah, sebelum sampainya kitaran untuk gaji seterusnya, duit dah habis licin.

Dan kesalahan paling ‘common’ adalah berbelanja melebihi kemampuan dan keperluan. Sebagai contoh, membeli kereta mewah untuk menandakan kemewahan dan kejayaan diri. Sampai akhir bulan, duit simpanan pun tak ada.

Artikel Berkaitan: [Tips] Nasihat Kewangan Buat Orang Muda Ini Penting Untuk ‘Survive’

Artikel Berkaitan: Ini 7 Tips Uruskan Kewangan Untuk Graduan Yang Baru Melangkah Ke Alam Pekerjaan


Toyota Vellfire Founder Tudung Kena Tarik, Tak Mampu Untuk Bayar RM3,000 Sebulan

Tidak dinafikan, zaman sekarang ini ramai yang berpusu-pusu untuk menjadi kaya. Paling bahaya, untuk ‘nampak kaya’ meskipun mengetahui diri tidak mampu untuk menanggung segala perbelanjaan. Sangat merisaukan, ya.

Seperti perkongsian kisah seorang wanita yang dikenali sebagai Aien Suraya menerusi TikTok di mana dia menceritakan bahawa kereta Toyota Vellfire miliknya telah ditarik oleh kerana tidak mampu untuk membayar bulanan.

Menerusi video sama, kereta mewah tersebut dilihat ditarik oleh sebuah trak tunda di perkarangan rumahnya.

Aien turut menulis di kapsyen bahawa dia tersilap langkah dalam menguruskan kewangan dan telah terjerat dengan bebanan hutang kerana menyangka pendapatan sebanyak RM10,000 yang diperolehi setiap bulan cukup untuk membayar kereta tersebut.

Ternyata, dia telah tersalah langkah.

Untuk rekod, kereta Totoya Vellfire itu perlu dibayar setinggi RM3,000 sebulan.

Itulah silap Ain. Ingatkan gaji RM10,000 sudah cukup dah pakai gajah ni.

Aien Suraya.
@aien_suraya

belum mampu lagi 🥲🥲🥲

♬ bunyi asal – hilang

Vellfire Kena Tarik, Kini Beli Honda RM1,000 Sebulan

Dalam perkembangan terbaharu, setelah menerima ribuan komen berbaur nasihat daripada orang ramai, Aien mengambil kesemuanya dengan hati yang terbuka dan secara positif.

Dia kini telah membeli sebuah kereta Honda yang hanya perlu dibayar sebanyak RM1,000 sebulan.

Untuk dibandingkan RM1,000 dengan RM3,000, Aien kini boleh menarik nafas lega kerana tidak lagi perlu ‘mengikat perut’ hanya untuk kelihatan mewah.

Nak nampak bergaya ada class tapi hakikatnya terpaksa ikat perut, terpaksa berjimat cermat demi menanggung hutang yang membebankan. Lepas dengar nasihat netizen, Ain pun dah beli Honda dah, sebulan RM1,000 je. Hidup pun tak tertekan nak kena fikir komit setiap bulan.

Aien Suraya.
https://www.tiktok.com/@aien_suraya/video/7263065463519710465

Kalau bab kewangan dan menyimpan ini sebenarnya dilarang untuk ‘bertenang’.

10 tahun dari sekarang, boleh nampak hasilnya. BACA SINI untuk praktik formula menyimpan duit untuk hidup ‘goyang kaki’ masa umur 55 tahun nanti.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd