Now Reading
Praktik Formula Simpan Duit Ini Untuk Hidup ‘Goyang Kaki’ Masa Umur 55 Tahun Nanti

Praktik Formula Simpan Duit Ini Untuk Hidup ‘Goyang Kaki’ Masa Umur 55 Tahun Nanti

Kalau bab kewangan dan menyimpan ini sebenarnya dilarang untuk ‘bertenang’. 10 tahun dari sekarang, boleh nampak hasilnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Nafsu untuk berbelanja memang tak dinafikan, paling sukar untuk dikawal.

Sebab itulah sebagai seorang yang berdisiplin dalam bab kewangan, anda perlu menetapkan had limit berbelanja setiap bulan untuk apa jua kategori termasuk makan dan perbelanjaan ‘leisure’.

Bukannya setiap bulan gaji, dihabiskan kesemuanya.

Bila sampai tengah bulan, dah mula sesak. Habislah…

BACA JUGA: [Tips] 6 Tips ‘Sorok’ Duit Supaya Tak Sesak Hujung Bulan

Kredit: Giphy

Ingat satu je, kalau nak hidup yang terjamin di masa hadapan, kena mula menyimpan dari muda.

Formula simpan gaji dulu baru belanja

Seorang Unit Manager, AIA Takaful iaitu Nur Aliah Mohd Noor telah berkongsikan nasihat kewangan di mana anda digesa untuk tidak mengabaikannya – kalau tak mahu hidup merana pada usia 55 tahun nanti.

Yes, memang sangat serius.

Jangan ambil mudah bab kewangan dan bab menyimpan ini.

Malah, menurut laporan, daripada 13 juta pencarum KWSP – kajian menunjukkan hanya 7.4% mempunyai baki simpanan lebih RM150,000 pada umur persaraan 55 tahun manakala 71% kurang RM50,000 pada usia persaraan mereka!

90% simpanan lesap dalam tempoh 5 tahun!

Menurutnya, perkara paling membimbangkan adalah separuh daripada ahli KWSP berumur 55 tahun ke atas berpotensi menghabiskan 90% simpanan mereka dalam tempoh 5 tahun selepas persaraan.

Sebab itulah bermula dari usia 25 hingga 40 tahun ini kita semua perlu membuat persediaan yang sepatutnya.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Kredit: Nur Aliah Mohd Noor/Facebook

1. Kira ‘Magic No’ Retirement Plan.

Kalau kita ada RM245,000 pada umur 55 tahun kita sepatutnya sudah cukup untuk keluarkan RM1,000 sebulan sehingga jangka hayat 75 tahun.

Sama ada ianya cukup atau tidak, ianya bergantung 100% kepada cara hidup kita berdasarkan kos sara hidup dan bagaimana kita berbelanja.

Apa yang perlu anda lakukan?

  1. Sediakan belanjawan untuk tahu berapa banyak perbelanjaan kita sekarang ini.
  2. Kira perbelanjaan kasar tentang kos sara hidup selepas kita berhenti berkerja.
  3. Berapa kita mampu mula menyimpan untuk kos sara hidup nanti.

Jangan lupa, perbelanjaan kita tidak semestinya berkurang selepas pencen, ada pesara yang suka pergi bercuti dan akan ada banyak perkara yang akan tingkatkan kos hidup mereka.

2. Bina portfolio persaraan.

Seorang individu yang bijak dalam menguruskan kewangan adalah apabila mereka mula ada kesedaran awal tentang kepentingan perancangan dan pengurusan kewangan jangka panjang selain mula menyimpan dengan aktif serta mula membina porfolio persaraan lebih awal.

Ada tiga faktor utama yang menyumbang kepada portfolio persaraan:

  1. Simpanan peribadi 20%.
  2. Pelaburan 20% daripada simpanan.
  3. Pelaburan KWSP hingga usia 54 tahun.

Kalau kita masih belum mula menyimpan untuk bina portfolio persaraan, usia 30 tahun adalah masa yang sesuai untuk bermula.

3. Mulakan lima langkah ini sekarang.

  1. Menyimpan dari sekarang untuk kumpul dana persaraan.
  2. Ingat, simpanan semasa kita sekarang adalah untuk perbelanjaan masa depan kita.
  3. Makin banyak kita menyimpan, makin banyak yang boleh kita belanjakan pada hari kemudian.
  4. Guna formula ‘simpan dahulu, baru belanja’.
  5. Jadikan tabiat menyimpan banyak wang itu seronok dan ia adalah lebih baik daripada simpan wang yang sikit.

Apabila sudah banyak wang, tukarkan sikit ke dalam bentuk emas. Sebab simpan dalam bentuk emas ianya kalis inflasi, harga emas sentiasa naik dalam jangka masa panjang dan ianya instrumen terbaik dalam pelaburan.

Kesimpulannya, tidak kisahlah berapa umur kita sekarang, terus tetapkan target persaraan dari sekarang. Nanti dah tua, tak perlu fikir lagi dan wujud ‘financial freedom’. 😉


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd