[Tips] Nasihat Kewangan Buat Orang Muda Ini Penting Untuk ‘Survive’
Nak menyimpan duit pun ada caranya, bukan sukar cuma ada beberapa perkara anda perlu tahu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bab kewangan ini memang sukar untuk dikawal oleh seseorang.
Tapi perlu diketahui bahawa memiliki simpanan sendiri adalah sesuatu yang amat penting. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini di mana ekonomi dilihat kurang stabil dan kos sara hidup pula semakin meningkat.
Kadang-kadang tu, belum sampai kitaran untuk gaji seterusnya duit dah habis licin digunakan. Sebab apa? Tak menyimpan awal-awal.

(Kredit gambar: TRP)
BACA JUGA: [Tips] Cara Untuk Kira Berapa Jumlah Duit Yang Dah ‘Lesap’ Di Shopee
Nafsu untuk berbelanja memang tak dinafikan, paling sukar untuk dikawal.
Sebab itulah sebagai seorang yang berdisiplin dalam bab kewangan, anda perlu menetapkan had limit berbelanja setiap bulan untuk apa jua kategori termasuk makan dan perbelanjaan ‘leisure’.
Nasihat Kewangan.
Seorang pengguna Twitter (WZullnaidi) baru-baru ini telah berkongsikan beberapa nasihat kewangan buat anak muda di luar sana. Nak menyimpan duit pun ada caranya, bukan sukar cuma ada beberapa perkara anda perlu tahu.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Ini nasihat kewangan untuk orang muda:
— Wan Zullnaidi🇲🇾 (@WZullnaidi) April 10, 2022
1. Kalau belum buka akaun tabung haji, pergi buka akaun TH. Takkan kau tak nak pergi haji kan. Buka RM1,300. pic.twitter.com/vC26ZenKTV
2. Buka akaun ASB, simpan duit dalam tu. Nak advance sikit pergi buka ASBF. Sijil 50K baru RM275 sebulan (terpulang kepada komitmen masing-masing)
— Wan Zullnaidi🇲🇾 (@WZullnaidi) April 10, 2022
.
3. Mulakan simpanan EMAS sebagai simpanan masa depan at least 10% gaji setiap bulan. (https://t.co/XlFoqZ4k47)
4. Cari pendapatan sampingan. Sekarang ni banyak part time boleh buat, ada Grab Food, Food Panda dan macam2.
— Wan Zullnaidi🇲🇾 (@WZullnaidi) April 10, 2022
.
5. Ambil satu medical plan, tak payah yang juta-juta pun takpe, kalau tak mampu. Perempuan coverage RM150K tiap tahun, baru RM75.
.
6. Baca buku kewangan. Tambah ilmu pengetahuan. Tapi kalau takde feel baca buku, pergi seminar kewangan. Sekarang ni dah banyak.
— Wan Zullnaidi🇲🇾 (@WZullnaidi) April 10, 2022
.
7. Buku taknak, seminar taknak, kau baca je dekat facebook dan blog-blog usahawan. Banyak ilmu free.
Sedut ilmu disini :https://t.co/vUwWGtlsgV
8. Kalau kau ada kawan yang bijak kewangan. Pergi menuntut ilmu dengan dia. Belanje kopi secawan. Kalau aku, belanja mamak jadilah.
— Wan Zullnaidi🇲🇾 (@WZullnaidi) April 10, 2022
.
9. Sedekah sekurang-kurang nya hari Jumaat. Jangan rasa takut untuk memberi, sebab Allah Penjamin Rezeki.
.
Tips ke-10 pula adalah anda yang mempunyai pasangan (BF/GF) boleh cuba untuk praktik ‘give and take’. Jangan kesemuanya kena lelaki yang belanja. Kalau nak macam tu, baik kahwin terus.
Dan tips ke-11 pula adalah buat permohonan PRS (Private Retirement Scheme). Menurutnya, ada ramai ejen yang boleh membantu anda.
12. Buat unit amanah, buat mana yang mampu. Cash pun boleh. Market best untuk sauk sekarang.
— Wan Zullnaidi🇲🇾 (@WZullnaidi) April 10, 2022
.
13. Kurang kan bakar duit sendiri, yakni MEROKOK. Terjaga kesihatan sama. Duit pun save.
.
14. Jangan gelabah nak hype sana sini. Hidup di bawah kemampuan. Takyah terpengaruh dengan trend instafamous.
— Wan Zullnaidi🇲🇾 (@WZullnaidi) April 10, 2022
.
15. Kalau rasa motor elok lagi dan rasa diri lelaki. Pakai je motor dulu, minyak pun jimat.
.
16. Dapatkan perlindungan gaji atau takaful nyawa sebagai perlindungan. Ada je RM38 sebulan, boleh cover RM50K.
— Wan Zullnaidi🇲🇾 (@WZullnaidi) April 10, 2022
.
17. Buat jadual menyimpan. Sekarang macam-macam apps dekat telefon pintar untuk pantau simpanan.
.
Seterusnya, untuk tips ke-18 pula, anak muda haruslah rajin memasak di rumah dan bawa bekal untuk ke tempat kerja. Barulah boleh menyimpan duit.
Tips ke-19 pula adalah HUTANG perlu dibayar. Terutamanya hutang dengan PTPTN, janganlah dibiar macam itu sahaja. Orang lain pun nak memanfaatkannya juga.
20. Bab niaga, jangan malu. Tak buka mulut, kita tak tau. Takyah nak kutuk member niaga. Support dorang.
— Wan Zullnaidi🇲🇾 (@WZullnaidi) April 10, 2022
.
Bonus : Bezakan kehendak dan keperluan serta kemahuan yakni nafsu.
.
Credit to tuan asal post: Azrul Ikhwan
Kesimpulannya, tidak kisahlah berapa umur kita sekarang, terus tetapkan target untuk menyimpan duit dari sekarang. Nanti dah tua, tak perlu fikir lagi dan wujud ‘financial freedom’. 😉
BACA JUGA: Praktik Formula Simpan Duit Ini Untuk Hidup ‘Goyang Kaki’ Masa Umur 55 Tahun Nanti
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.