Now Reading
Lelaki Luah Perasaan Dipaksa Beli Kereta Honda Dengan Gaji RM1,500

Lelaki Luah Perasaan Dipaksa Beli Kereta Honda Dengan Gaji RM1,500

Warganet dilihat bersimpati dengan situasi yang dihadapi oleh lelaki itu kerana pinjaman kereta sememangnya boleh membebankan segelintir rakyat Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Memiliki kereta di Malaysia sering dilihat sebagai simbol status sosial.

Ini terutamanya di kawasan bandar di mana memiliki kereta dapat menandakan kemewahan dan kejayaan seseorang itu.

Seperti yang terjadi baru-baru ini apabila seorang lelaki muda yang baru mula bekerja terasa tertekan oleh desakan ibu bapanya untuk membeli kereta ‘import’.

Dia selepas itu mengambil jalan untuk meluahkan perkara tersebut di media sosial untuk mencari jalan keluar serta meminta pendapat dari warganet.

Gaji saya hanya RM1,500, tetapi ibu bapa saya terus menekan saya untuk membeli kereta Honda. mereka mengatakan bahawa itu adalah kereta impian mereka, tetapi saya tahu bahawa saya tidak mempunyai kemampuan (untuk mampu bayar ansuran kereta itu).

Lelaki muda itu menyatakan dilema yang dialaminya.

Namun, yang membuat dirinya bertambah sedih adalah ibu bapanya sering membandingkan dengan anak-anak orang lain sudah mencapai kejayaan lebih besar.

Dia memuat naik hantaran secara ‘anon’ melalui akaun Twitter @ConfessTweet menyatakan bahawa ibunya seorang suri rumah dan ayahnya tidak bekerja kerana sakit.

Adik-beradiknya akan memberikan wang kepada ibu bapa mereka setiap bulan kerana mereka tidak mempunyai sumber pendapatan.


Fikir Masak-masak Sebelum Buat ‘Loan’ Kereta

Warganet dilihat bersimpati dengan situasi lelaki itu oleh kerana pinjaman kereta sememangnya boleh membebankan segelintir rakyat Malaysia.

Dalam kes lelaki muda itu, kesnya agak mudah untuk difahami.

Honda yang paling berpatutan, iaitu BR-V, berharga sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan iaitu ansuran dengan pinjaman selama tujuh tahun, itu belum lagi bayaran muka (downpayment) sebanyak 10 peratus.

Adalah mustahil bagi lelaki itu untuk mendapatkan pinjaman dengan gaji sebanyak itu, melainkan dia dapat membayar 40 peratus untuk bayaran muka.

Pinjaman kereta di Malaysia kadangkala mempunyai ‘interest rate’ yang sangat tinggi, jadi kos pemilikan kereta menjadi lebih mahal.

Selain itu, ada juga pinjaman kereta mungkin memerlukan bayaran muka yang besar dan ia tidak dinafikan menyukarkan sesetengah pihak untuk membayarnya.


Lebih Baik Hidup Secara Besederhana

Oleh kerana sering dibanding-bandingkan, lelaki berkenaan membuat keputusan untuk meluahkan perasaannya dan bersuara mengenai isu itu.

Dia meminta ibu bapanya agar tidak bermimpi untuk hidup mewah, tetapi meminta agar keluarga dapat hidup secara sederhana.

Sebagai seorang anak, saya harap ibu bapa lain tidak hanya bertanya bila kamu akan membeli Honda. Bila kamu akan tukar kerja dan membeli Honda untuk diri sendiri?

Lelaki itu berharap supaya ibu bapanya memahami situasi yang dialaminya ketika ini.

Dia berkata adalah lebih baik jika ibu bapa menyampaikan dengan cara yang berbeza, seperti memberitahu anak-anak: “Mama berdoa agar kamu mempunyai kerjaya yang berjaya dan dapat membeli kereta Honda pada masa depan.”

Permasalahan seperti ini bukanlah perkara yang jarang berlaku di Malaysia, di mana status sosial seringkali bergantung pada jenis pengangkutan dan jenama kereta yang dipandu.

Secara adilnya, memiliki kenderaan memberikan kemudahan dan mobiliti yang sangat dihargai di Malaysia.

Namun, patut diingatkan bahawa banyak faktor yang menyumbang kepada status sosial di Malaysia, dan memiliki kereta hanyalah salah satu daripadanya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd