Now Reading
Motor Ditarik Oleh Bank, Bapa Sanggup Jalan Kaki 8KM Hantar Anak Ke Sekolah

Motor Ditarik Oleh Bank, Bapa Sanggup Jalan Kaki 8KM Hantar Anak Ke Sekolah

Difahamkan si ayah menemani anaknya berjalan kaki ke sekolah selepas motosikal ditarik oleh pihak bank ketika sedang membuat penghantaran Grab.

Ayah Sanggup Jalan Kaki 8KM Hantar Anak Ke Sekolah Kerana Motor Ditarik Bank

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebagai ketua keluarga, seorang bapa pastinya mahu memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka dari segi pendidikan, makan minum, tempat tinggal dan sebagainya.

Percayalah, gerangan bernama ayah ini akan sanggup membuat apa sahaja bagi memastikan anak-anak mereka hidup dalam keadaan yang selesa.

Walaupun ayah ini sering dikenali sebagai seseorang yang berperwatakan garang, tetapi mereka sebenarnya seorang yang penyayang.

BACA JUGA: [Video] Ayah Sebak Tengok Anak Perempuan Tamat Belajar Sampai Tak Henti Keluar Air Mata


Motosikal Bapa Ditarik Oleh Pihak Bank Kerana 4 Bulan Bayaran Tertunggak

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik oleh seorang guru dikenali sebagai Mohd Fadhli Salleh di laman Facebook miliknya, dia menceritakan kisah tentang pengorbanan ibu bapa kepada murid di sekolahnya.

Menurutnya, seorang murid pra sekolah terpaksa berjalan kaki sejauh dua kilometer dari rumahnya untuk ke sekolah bersama bapanya setiap hari.

Ketika tiba di sekolah, jelas terlihat dua beranak ini berpeluhan kerana perlu berjalan kaki dalam jarak yang jauh di awal pagi.

Setelah diselidik, rupa-rupanya mereka berjalan kaki dari rumah ke sekolah kerana motosikal telah ditarik oleh pihak bank selepas empat bulan hutang tertunggak.

Difahamkan motosikal itu ditarik ketika si bapa sedang melakukan kerja penghantaran Grab yang merupakan sumber pendapatan utama keluarga mereka.

Lepas hantar barang, pergi tempat parking motor, kemudian tengok motor sudah hilang. Ada seorang abang bagi surat tunggakan AEON beribu jumlahnya. Terduduk saya. Motor yang merupakan kenderaan utama untuk cari makan kena tarik. Termenung panjang jugalah.

Bapa kepada murid pra-sekolah tersebut.
Ayah-Sanggup-Jalan-Kaki-8KM-Hantar-Anak-Ke-Sekolah-Kerana-Motor-Ditarik-Bank-3
Sumber: Jobs Malaysia

Bapa Gigih Jalan Kaki 8KM Untuk Hantar Anak Pergi Sekolah

Walaupun mereka sekeluarga sudah tiada pengangkutan, tetapi itu tidak menghalang bapa tersebut untuk menghantar anak mereka ke sekolah setiap hari.

Motor tak ada dan anak pula minat nak pergi sekolah. Jadi setiap hari dia akan teman anak berjalan kaki dua kilometer pergi dan dua kilometer balik. Kemudian masa pulang kena jalan lagi dua kilometer pergi dan dua kilometer balik. Lapan kilometer ulang alik jalan kaki semata-mata untuk membolehkan anak dapat ilmu.

Cikgu Fadhli Salleh.

Ketika Hari Orientasi Tahun 1, kedua-dua ibu bapa murid itu hadir mendengar sesi taklimat dan menunggu sehingga program tamat.

Ayah Sanggup Jalan Kaki 8KM Hantar Anak Ke Sekolah Kerana Motor Ditarik Bank
Sumber: Astro Awani

Difahamkan, si bapa datang dari keluarga yang susah dan terpaksa berkorban meninggalkan bangku persekolahan ketika Tingkatan 4 kerana kurang berkemampuan.

Tak ramai ayah yang sanggup datang hari orientasi ni. Biasanya wakilkan ibu je. Ni dua-dua datang. Bagus semangat si ayah walaupun dia sendiri tak ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana dia ingin menjaga hak anak-anak dan mementingkan pelajaran.

Cikgu Fadhli Salleh.

Guru Belikan Hadiah Motosikal Hasil Dari Sumbangan Orang Ramai

Selepas sesi taklimat Hari Orientasi Tahun 1, guru berkenaan membawa bapa kepada murid tersebut ke sebuah kedai motosikal di Batu Caves bertujuan untuk membelikannya sebuah motor baharu.

Bapa murid itu telah dihadiahkan sebuah motosikal SM Sport bernilai RM3,600 menggunakan hasil kutipan wang sumbangan daripada dana Pertubuhan Kebajikan Dana Kita.

Ayah Sanggup Jalan Kaki 8KM Hantar Anak Ke Sekolah Kerana Motor Ditarik Bank
Sumber: Facebook Mohd Fadhli Salleh

Ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah, si bapa tidak berhenti-henti mengucapkan terima kasih.

Budi ini bukan untuk dibalas. Budi ini untuk abang kembalikan pada orang lain bila abang senang sikit di hari akan datang. Sumbangan ini bukan dari poket saya seorang. Doakan semua penyumbang ya

Cikgu Fadhli Salleh.

Sebak pula bila baca kisah ini. Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki supaya dapat membantu lebih ramai orang yang memerlukan di luar sana.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd