Now Reading
[Video] Rider Makan Nasi Sambil Tunggu Lampu Isyarat Bikin Ramai Ramai Sebak

[Video] Rider Makan Nasi Sambil Tunggu Lampu Isyarat Bikin Ramai Ramai Sebak

Rider Foodpanda itu dilihat menjamah nasi di dalam bekas bungkusan di atas motor sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau di sebuah jalan raya.

[Video] Rider Curi-Curi Makan Nasi Atas Motor Di Lampu Isyarat Bikin Ramai Pilu

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selain membantu dari segi pembelian makanan secara online, rider penghantar makanan ini memang banyak berjasa kepada rakyat Malaysia walaupun mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain.

Ada juga yang sanggup redah banjir menaiki motosikal mereka demi memastikan pesanan makanan oleh pelanggan dapat dihantar.

Boleh dikatakan setiap kali rakyat Malaysia menghadapi masalah, pasti akan ada abang rider yang datang menyelamat pada hari itu. Memang terbaiklah!

BACA JUGA: [Video] “Berani Lu Bro” – Tular Rider Rela Redah Banjir Demi Nak Hantar Makanan

Sumber: TikTok @echa.cha

Rider Penghantar Makanan Jamah Nasi Atas Motor Sementara Tunggu Lampu Isyarat Hijau

Di sebalik tanggungjawab seorang rider untuk menghantar makanan kepada pelanggan, pasti ramai yang tidak tahu pengorbanan yang mereka perlu tempuhi ketika melaksanakan tugas.

Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@suellahashim), kelihatan seorang rider Foodpanda sedang menunggu lampu isyarat di sebuah jalan raya.

Namun apa yang meruntun jiwa orang ramai yang melihat video itu adalah apabila rider tersebut sedang menjamah makanan di atas motosikalnya sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Dalam video tersebut, perakam memohon maaf terlebih dahulu kepada rider berkenaan kerana mengambil gambarnya dan turut mendoakan agar segala urusannya dalam mencari rezeki dipermudahkan.

Sorry abang Foodpanda saya ambil gambar awak. Semoga dipermudakan segala urusanmu dalam mencari rezeki. Bila tengok dia makan nasi sambil tunggu lampu isyarat, air mataku mula berlinang. Percayalah usahamu tak akan pernah mengkhianatimu.

Pengguna TikTok @suellahashim

Video yang dimuat naik itu meraih 324,400 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

“Realiti Sebenar Seorang Rider”

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai yang sebak melihat situasi yang dialami oleh rider tersebut sehingga dikatakan tidak mempunyai waktu untuk menjamah makanan kerana terlalu sibuk.

Dalam pada itu, mereka turut mendoakan agar urusan para rider penghantar makanan di luar sana dipermudahkan dan dimurahkan rezeki dalam mencari sumber pendapatan yang halal.

Rata-rata netizen yang pernah bekerja sebagai rider penghantar makanan juga berkongsi pengalaman mereka yang hampir sama dengan lelaki di dalam video itu.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd