Now Reading
“Macam Kat Malaysia” – Suasana Meriah Bazar Ramadan Di Australia Undang Perhatian Netizen

“Macam Kat Malaysia” – Suasana Meriah Bazar Ramadan Di Australia Undang Perhatian Netizen

Bazar Ramadan di Australia itu yang bertempat di Noble Park, Melbourne itu menjual pelbagai juadah berbuka puasa seperti sate, Nasi Kerabu, karipap dan sebagainya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perkara ‘wajib’ yang akan ada setiap kali tiba bulan puasa di Malaysia adalah bazar Ramadan. Korang pergilah mana-mana sekalipun, mesti akan ada bazar yang dibuka untuk menjual juadah iftar kepada penduduk setempat.

Kebiasaannya bazar Ramadan ini mempunyai pelbagai jenis hidangan seperti Nasi Tomato, Roti John, kuih tepung pelita, kebab dan sebagainya.

Suasana membeli di bazar Ramadan.

Walaupun ia digelar bazar Ramadan, ia bukan sahaja dikunjungi oleh masyarakat beragama Islam tetapi mereka yang berbangsa lain turut tidak ketinggalan untuk menyertai kemeriahan di lokasi jualan tersebut.


Bazar Ramadan Di Australia Pun Tidak Kurang Hebatnya

Mungkin ada yang terfikir, bazar Ramadan ini hanya ada di Malaysia sahaja ke?

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@cikroseaussie), rupa-rupanya di negara Australia juga mempunyai bazar Ramadan yang menjual pelbagai jenis menu untuk para pelanggan.

Pengguna TikTok ini yang menetap di Noble Park, Melbourne, Australia sempat berkongsi suasana meriah di bazar berkenaan yang dipenuhi dengan komuniti dari Malaysia.

Kalau korang tengok video tersebut sekali imbas, memang nampak ia seolah-olah seperti di Malaysia terutamanya dengan penggunaan khemah berwarna biru yang juga dipakai oleh peniaga tempatan di negara kita.

Sumber: TikTok (@cikroseaussie)

Walaupun berniaga di Australia, tetapi terdapat banyak hidangan tempatan kita yang dijual di bazar Ramadan tersebut seperti Nasi Ayam, Nasi Kerabu, Sotong Bakar, Ikan Bakar, karipap, sate, keropok lekor dan lain-lain.

Memang meriah sungguh! Pada masa yang sama, ia dapat juga mengubat kerinduan komuniti di sana terhadap suasana di Malaysia.

Video tersebut telah mendapat perhatian netizen sehingga meraih 578,500 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.


Netizen Teruja Lihat Suasana Bazar Ramadan Di Australia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat suasana kemeriahan suasana bazar Ramadan di Australia itu yang dikatakan hampir kelihatan seperti di Malaysia dari segi penggunaan khemah jualan.

“Wah kanopi pun vibe Malaysia,” kata netizen

Ada juga netizen yang berpendapat berniaga di negara itu lebih sejuk kerana cuaca mereka yang nyaman.

“Syoklah tak panas,” ujar netizen.

Sementara itu, netizen turut berpendapat kewujudan komuniti rakyat Malaysia di Australia membuatkan mereka tidak berasa asing berada di negara lain.

“Komuniti kita kat sana ramai. Tak terasa sangat walaupun di perantauan. Rasa nak pindah je ni,” kata netizen.

Sumber: TikTok

Ramai Rakyat Malaysia Berhijrah Ke Australia

Data dari Statista menunjukkan bahawa bilangan masyarakat Malaysia yang berpindah ke negara yang terkenal dengan haiwan kangaroo itu telah menunjukkan jumlah yang ketara.

Difahamkan, seramai 4,890 penduduk dari Malaysia mula berpindah ke Australia sejak tahun 2023 berbanding 2,930 pada tahun 2022.

Sumber: Pexels

Antara faktor yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia mengambil keputusan untuk berhijrah ke negara berkenaan adalah kerana peluang ekonomi dan kestabilan politik di Australia.

Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa Australia mempunyai polisi dan undang-undang yang tegas serta pendidikan berkualiti di samping peluang sama rata yang diberikan kepada rakyat.

Sumber: Freepik

Namun menerusi semakan kami, jumlah rakyat Malaysia yang berhijrah ke Australia pada tahun 2023 masih tidak dapat menandingi jumlah dari tahun 2015 hingga 2018 (12,100 orang).

Baca Artikel Berkaitan: Kajian Dedah Lebih Ramai Rakyat Malaysia Hijrah Ke Australia Sejak Tahun 2023

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rakyat Malaysia Jual Sate Di Australia, Raih Jualan Hingga 400 Batang Dalam Tempoh 3 Jam


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd