Now Reading
[Video] Rider Makanan Terbaring Depan Restoran Gara-gara Cuaca Panas Melampau Di Penang

[Video] Rider Makanan Terbaring Depan Restoran Gara-gara Cuaca Panas Melampau Di Penang

Rider makanan yang terbaring di depan kedai makan itu pada mulanya tidak memberikan sebarang respon walaupun wajahnya sudah direnjis dengan air.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui rata-rata rakyat Malaysia gemar menggunakan perkhidmatan rider makanan kerana ia lebih menjimatkan masa.

Walaupun khidmat tersebut memudahkan urusan kita, namun dalam sesetengah kes, penghantar makanan tersebut pula yang berdepan masalah akibat faktor luaran yang tidak boleh dielakkan seperti hujan lebat atau cuaca panas.

Namun begitu, golongan ini tidak bersungut dan tetap meneruskan tanggungjawab mereka demi mencari rezeki halal.

Baca Artikel Berkaitan: Motor Penghantar Makanan Kena Sita JPJ, Orang Ramai Sedih Tengok Nasib Rider


Lelaki Tak Sedarkan Diri Depan Kedai Makan Di Penang

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman Xiaohongshu (Guangdong Girl GDGN Cantonese Tea Restaurant) menunjukkan seorang penghantar makanan terbaring dalam tempoh masa yang lama di hadapan restoran berkenaan yang terletak di sekitar Pulau Pinang.

Namun apa yang membimbangkan apabila lelaki itu tidak sedarkan diri walaupun sudah dikejutkan beberapa kali oleh staf kedai makan. Malah, renjisan air ke wajahnya dan tepukan di bahagian bahu juga tidak berjaya membangunkan lelaki tersebut.

Oleh disebabkan risau dengan keadaan rider yang terlantar, pihak restoran telah menghubungi panggilan kecemasan.

Sumber: Xiaohongshu

Rider Sedarkan Diri Selepas Ambulans Tiba

Sejurus ambulans tiba di lokasi kejadian, rider berkenaan akhirnya tersedar dan bangun daripada lantai.

Pengendali akaun GDGN berkata lelaki tersebut berada dalam keadaan baik dan berkemungkinan pitam disebabkan cuaca panas yang melampau.

Sumber: Xiaohongshu

Mungkin dia terlalu letih dan cuaca di Pulau Pinang sangat teruk sejak kebelakangan ini. Panas, faham tak!

GDGN.

Menerusi video yang dikongsi, lelaki berkenaan kemudian memasuki ambulans dipercayai untuk rawatan lanjut.

Sumber: Xiaohongshu

“Terima Kasih Rider”

Cakna dengan pengorbanan rider yang gigih berusaha mencari rezeki, pengendali akaun restoran berkenaan telah mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut kerana sanggup menghantar makanan demi kepuasan para pelanggan.

Meskipun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu di Malaysia ini.

Sumber: Xiaohongshu

Peringatan mesra buat semua – kerja, kerja juga tetapi janganlah sampai ia memudaratkan kesihatan masing-masing. Berehatlah dan minum air jika anda dalam keletihan melampau.


Tips Ketika Cuaca Panas Oleh KKM

Buat anda yang tidak tahan dengan cuaca panas yang dialami di sesetengah kawasan dalam negara pada waktu ini, usah risau.

Terdapat beberapa langkah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengurangkan bahang dan panas tersebut. Antaranya:

Sumber: Pexels
  • Pakai topi atau payung ketika berada di luar.
  • Sejukkan diri menggunakan kipas atau pendingin hawa.
  • Minum air yang mencukupi.
  • Pakai baju berwarna cerah dan ringan.
  • Hadkan masa untuk lakukan aktiviti di luar.
  • Elak duduk dalam kenderaan tanpa menghidupkan penyaman udara.
  • Kurangkan pengambilan kafein.

Baca Artikel Berkaitan: Cuaca Panas Bukan Halangan, Ini 7 Tips Kekal Sihat & Bertenaga Di Bulan Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Tinggal Anak Dalam Kereta, Elak Strok Haba” – Datuk Dr Zainal Ariffin Omar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd