Now Reading
[Video] “Ramai Lagi Susah Dari Kita” – Pakcik Sorong Kerusi Roda Isteri Atas Jalan Raya Buat Netizen Luluh Hati

[Video] “Ramai Lagi Susah Dari Kita” – Pakcik Sorong Kerusi Roda Isteri Atas Jalan Raya Buat Netizen Luluh Hati

Kelihatan seorang pakcik sedang menyorong kerusi roda isterinya sekitar jalan raya Bagan Ajam, Pulau Pinang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam kehidupan ini, setiap manusia mempunyai cabaran dan rintangannya tersendiri yang harus dilalui.

Mungkin ramai di kalangan kita mempunyai keperluan serba lengkap termasuklah tempat tinggal, pakaian, kenderaan dan sebagainya namun ada juga yang diuji dengan sebaliknya.

Namun begitu, ia tidak menjadi penghalang buat golongan tersebut untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.


Pakcik Sorong Kerusi Roda Isteri Di Atas Jalan Raya

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@shifa_birdsnest), apabila seorang wanita dikenali sebagai Shifa berkongsi detik pilu menyaksikan keadaan sepasang suami isteri yang berada di atas jalan raya.

Dalam pada setiap individu mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak, lain pula buat pasangan tersebut di mana si pakcik terpaksa menyorong kerusi roda bagi membawa isterinya di atas jalan raya yang sibuk.

Difahamkan kejadian itu berlaku sekitar Bagan Ajam, Pulau Pinang.

Lebih menyedihkan apabila melihat mereka terpaksa berhenti di persimpangan lampu isyarat bersama kenderaan lain di sekeliling mereka.

Dengan cuaca panas dan bahang di Malaysia ini, memang tidak boleh nak bayangkan perkara yang dilalui oleh mereka untuk menuju ke destinasi.

Sumber: TikTok (@shifa_birdsnest)

Shifa Harap Orang Ramai Lebih Bersyukur

Situasi sebegitu membuatkan Shifa berasa sayu sekaligus mengingatkan orang ramai untuk sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diperoleh dalam kehidupan.

Bersyukurlah dengan apa yang ada kawan, kerana di luar sana lebih ramai yang masih susah. Namun hidupnya kekal bahagia kerana sentiasa bersyukur.

Shifa.

Netizen Luah Rasa Sebak Lihat Suami Tolak Kerusi Roda Isteri Di Jalan Raya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat keadaan pakcik dan makcik itu.

“Luluh hati tengok si ayah tolak si ibu atas kerusi roda. Ya Allah kau permudahkanlah urusan ibu ayah itu. Kau murahkanlah rezeki untuk mereka berdua,” kata seorang wanita.

Malah, ada juga yang berkata dia melihat orang yang sama melintasi lampu isyarat berkenaan pada setiap hari.

“Hari-hari nak pergi kerja mesti nampak pakcik ni tolak isteri dia nak lintas di lampu isyarat dekat Lotuss ni. Teringin nak pergi tanya mereka nak pergi mana, tetapi saya kalut nak pergi kerja tak sempat nak tanya. Semoga sentiada dilindungiNya,” jelas seorang netizen.

Sementara itu, perkongsian Shifa ini telah membuka mata orang ramai tentang erti kesyukuran terhadap nikmat yang dimiliki.

“Jangan la seksa air mata aku di bulan puasa ni. Asal semua yang lalu (video di TikTok) sedia-sedih je. Kita ingat kita dah susah. Rupanya ada orang lebih susah,” ujar seorang warganet.

Sumber: TikTok (@shifa_birdsnest)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Tak Semua Mampu Macam Abang”- Anak Lelaki Jaga Ayah Lumpuh Undang Sebak

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Sanggup Berhenti Kerja, Niat Jaga Ibu Uzur Sepenuh Masa

Baca Artikel Berkaitan: Sebak Saat Kuih Dibeli, Warga Emas Di Kuantan Dilihat Berdoa Buat Pelanggan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd