Now Reading
Sebak Saat Kuih Dibeli, Warga Emas Di Kuantan Dilihat Berdoa Buat Pelanggan

Sebak Saat Kuih Dibeli, Warga Emas Di Kuantan Dilihat Berdoa Buat Pelanggan

Pakcik itu juga dikatakan selalu memberikan kuih tambahan secara percuma kepada pelanggannya.

pakcik doakan pelanggan beli kuih

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dengan keadaan ekonomi yang semakin meruncing, tidak dinafikan segala kos termasuklah harga barangan dilihat telah meningkat.

Susulan itu, sesetengah masyarakat perlu berusaha keras bagi menjana pendapatan untuk menyara kehidupan lebih-lebih lagi mereka yang berkeluarga.

Bagi seorang pakcik ini pula, dia mengambil keputusan untuk berniaga kuih bersama isteri di sekitar Kuantan, Pahang.


Pakcik Jual Kuih Dengan Kereta Kancil Doakan Pelanggan Yang Membeli Kuihnya

Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman X (Twitter @sffeaaa_), wanita ini berkongsi kisah yang membuatkan dirinya sebak selepas beberapa kali membeli kuih daripada seorang pakcik.

Difahamkan, warga emas itu menggunakan kereta jenis Perodua Kancil sebagai tempat untuk berniaga dengan menyangkut papan jualan pada badan kereta.

Apa yang membuatkan pengguna X ini berasa sebak adalah apabila dia menceritakan pakcik tersebut akan mendoakan kesemua pelanggan yang membeli kuih darinya.

Sumber: X (Twitter @sffeaaa_)

Katanya kuih itu dijual dengan harga yang berpatutan iaitu RM6 untuk 12 biji.

Bukan itu sahaja, pakcik berkenaan juga dikatakan selalu memberi kuih tambahan secara percuma kepada pelanggannya.

Walaupun pengguna X ini mempunyai niat untuk mahu bersedekah dengan tidak meminta wang baki, namun pakcik itu enggan menyimpan wang tersebut dan berkeras mahu memulangkan baki.

Tambah wanita ini lagi, dia pernah terlihat pakcik itu menangis selepas menerima bayaran selepas memberikan kuih jualan secara percuma.

Harini je dua benda free pakcik tu bagi. Bun tu tadi i dah selit bayar semula masa i nak beli karipap. I letak pastu lari jejauh. Pakcik tu nangis.

Pengguna X (Twitter @sffeaaa_).

Antara kuih yang dijual oleh pakcik itu adalah karipap, roti bun, popia dan temosa.

Sumber: X (Twitter @sffeaaa_)

Anak Kepada Peniaga Itu Dedah Bapanya Hanya Mahu Bantu Isteri Berniaga

Pengguna X ini juga sempat menghubungi anak kepada peniaga itu di laman Facebook dan mengetahui bahawa peniaga itu akan ke lokasi berhampiran Tunas Manja Sungai Isap, Kuantan, Pahang selepas waktu asar untuk membantu isterinya.

Sebelum ni meniaga dari rumah je. Ni dia ada masa lapang, dia tolong la mak meniaga depan tunas manja tu. Tapi tak selalu juga berniaga kerana ada hari kena ke luar kawasan.

Anak kepada peniaga itu.

Difahamkan, anak peniaga itu yang bernama Huda Bahari menjelaskan dia dan adik-beradik yang lain kini berkerja di luar Pahang dan kini hanya adik bongsu mereka yang masih bersekolah sahaja tinggal bersama ibu bapa di Kuantan.


Ramai Netizen Mahu ‘Support’ Perniagaan Pakcik Itu

Perkongsian kisah itu mendapat perhatian netizen yang lain dan mereka juga menunjukkan sokongan untuk membeli dari pakcik tersebut.

Malah, ada juga netizen yang pernah membeli daripada peniaga sama dan turut berpuas hati dengan kualiti kuih yang dijual. Katanya inti penuh dan harga pun murah!

Sumber: X (Twitter)

Kami mendoakan agar perniagaan kuih pakcik ini dan isteri berjalan dengan lancar dan semoga dimurahkan rezeki. Amin.

Artikel Berkaitan: Pemuda Kongsi Kisah Ketika Motor Dicuri, Ada Pakcik ‘DM’ Mahu Sedekah Duit Ribuan Ringgit

Artikel Berkaitan: [Video] “Saya Bagi Sedekah RM100, Esoknya Saya Dapat Rezeki RM100,000” – Siti Nurhaliza

Sumber: X (Twitter @sffeaaaa_)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd