Now Reading
Stesen Kereta Api Di London Pamer Potongan Hadis Di Papan Tanda Digital Sempena Bulan Ramadan

Stesen Kereta Api Di London Pamer Potongan Hadis Di Papan Tanda Digital Sempena Bulan Ramadan

Hadis yang dipaparkan di stesen kereta api King’s Cross di London itu menterjemahkan tentang pintu Syurga yang dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka pula ditutup serta syaitan diikat ketika bulan Ramadan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kota London yang merupakan bandar terbesar di United Kingdom, England mempunyai populasi 9.7 juta penduduk pada tahun 2024.

Memetik sumber laporan Arab News pada tahun 2022, populasi masyarakat beragama Islam di UK telah meningkat sehingga 44% sejak 10 tahun lalu.

Dianggarkan 6.5% masyarakat di UK iaitu sekitar 3.9 juta adalah individu beragama Islam dan agama ini merupakan kepercayaan kedua terbesar di bandar berkenaan.


Hadis Rasulullah SAW Dipaparkan Di Papan Digital Stesen Kereta Api

Baru-baru ini menerusi hantaran dimuat naik semula di laman Instagram (@ilmfeed), satu potongan hadis dari Rasulullah SAW telah dipaparkan pada sebuah papan tanda digital di Stesen King’s Cross, London.

Gambar di mana hadis tersebut yang dipaparkan sekitar jam 3:36 petang pada hari kedua bulan Ramadan itu sempat diambil oleh seorang pengguna Instagram (@localponders).

Hadis berkenaan yang diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris itu adalah tentang pintu Syurga yang dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka pula ditutup serta syaitan diikat ketika bulan Ramadan.

Selain itu, waktu Subuh dan Maghrib juga dipaparkan pada papan tersebut yang dipercayai merujuk kepada waktu tamatnya sahur serta berbuka puasa.

Lebih menyentuh hati lagi, pihak pengurusan di stesen juga memaklumkan sekiranya ada individu yang memerlukan bantuan untuk berbuka puasa, mereka boleh berhubung dengan kakitangan di sana.


Netizen Puji Inisiatif Staf Stesen King’s Cross Di London

Ruangan komen di hantaran tersebut telah meraih pelbagai reaksi positif dari orang ramai di seluruh dunia apabila melihat kebaikan yang dilakukan oleh petugas di stesen kereta api King’s Cross itu.

Pada masa sama, netizen turut tersentuh hati membaca mesej yang disampaikan menerusi papan tanda digital berkenaan.

Sesetengah netizen beranggapan ia adalah salah satu cara untuk membolehkan masyarakat bukan beragama Islam untuk tertarik mengenali agama tersebut.

Sumber: Instagram @ilmfeed

Hiasan Lampu Sempena Ramadan Buat Pertama Kali Di Kota London

Pada Ramadan tahun lalu, kota London telah diterangi dengan 30,000 biji lampu LED untuk membentuk 61 hiasan bulan serta tulisan ‘Ramadan Lights’ yang dinyalakan di Piccadilly Circus, London.

Individu yang menjayakan hiasan bagi meraikan bulan Ramadan itu adalah Datuk Bandar London iaitu Sadiq Khan.

Sumber: Instagram @muslim/ TikTok @l.mh26

Beliau merupakan individu beragama Islam pertama dilantik memegang jawatan tersebut sejak tahun 2016 yang lalu.

Sebelum ini, jalan di sekitar kota London hanya dihiasi dengan lampu perayaan Krismas sahaja memandangan majoriti masyarakat di negara itu adalah beragama Kristian.

Baca Artikel Berkaitan: Kota London Pertama Kali Rai Ramadan Dengan Hiasan Lampu Di Jalanan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Solat Tarawih Perdana Diadakan Di Times Square, New York Buat Pertama Kali


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd