Now Reading
[Video] Solat Tarawih Perdana Diadakan Di Times Square, New York Buat Pertama Kali

[Video] Solat Tarawih Perdana Diadakan Di Times Square, New York Buat Pertama Kali

Pertama kali dalam sejarah, ratusan Muslim di Amerika Serikat melaksanakan aktiviti berbuka puasa dan solat terawih berjemaah di Times Square, New York.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Buat pertama kali dalam sejarah, ribuan Muslim di Amerika Syarikat hadir solat terawih perdana yang diadakan di Times Square, New York.

Selain solat sunat terawih, aktiviti berbuka puasa juga diadakan pada ketika itu melalui Projek ZamZam dan dipromosikan dengan nama “Tarawih First Time in Times Square”.

Malah, bacaan Al-Quran serta syarahan Islam turut disampaikan pada majlis berkenaan.

Sekitar 1,500 hidangan telah diagihkan secara percuma buat kesemua umat Islam yang berada di sana untuk meraikan detik yang bersejarah itu.

Penganjur acara memberitahu media tempatan bahawa umat Islam yang tinggal di Amerika Syarikat mahu menyambut Ramadan di tempat yang menjadi lambang di tengah-tengah kota New York City ini untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa Islam adalah agama yang aman.

Pihak penganjur berkata terdapat salah faham tentang Islam.

“Kami mahu menjelaskan agama kami kepada semua yang tidak tahu tentang apa itu… Islam adalah agama keamanan.”

Malah, menerusi hantaran di Instagram (wayoflifesq), pengasas telah meluahkan bahawa mengadakan terawih PERTAMA di Times Square adalah impian menjadi kenyataan kerana bandar yang sama ini dipenuhi dengan islamofobia akibat serangan 9/11.

Umat Islam mengikut kalendar lunar dan kaedah melihat bulan boleh menyebabkan negara berbeza ketika mengisytiharkan permulaan Ramadan dalam satu atau dua hari.

Salah satu tradisi Ramadan popular adalah dengan kemunculan pelita berwarna-warni dan lampu digantung di sepanjang lorong-lorong sempit dan di sekitar masjid di negara Timur Tengah.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd