Now Reading
Kota London Pertama Kali Rai Ramadan Dengan Hiasan Lampu Di Jalanan

Kota London Pertama Kali Rai Ramadan Dengan Hiasan Lampu Di Jalanan

Sebanyak 30,000 biji lampu LED digunakan untuk membentuk 61 hiasan bulan serta tulisan ‘Ramadan Lights’ yang dinyalakan di Piccadilly Circus, London.

Kota London Pertama Kali Rai Ramadan Dengan Hiasan Lampu Di Jalanan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling mulia dan sangat ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia kerana mempunyai keberkatan serta dijanjikan ganjaran pahala berlipat kali ganda oleh Allah SWT.

Penganut beragama Islam di Malaysia juga tidak ketinggalan untuk memanfaatkan bulan Ramadan dengan melakukan Solat Sunat Tarawih di masjid atau surau berhampiran.

Malah, bulan Ramadan di negara ini juga lebih meriah dengan adanya bazar Ramadan pada setiap hari untuk membolehkan mereka membeli hidangan berbuka puasa.

BACA JUGA: Nak Puasa Tapi Ada Masalah Gastrik? Ini 5 Tips Untuk Anda

BACA JUGA: Sheraton, Mardhiyyah, Botanica+Co & Pelbagai Restoran Serta Hotel Tawar Bufet Ramadan Sekitar Lembah Klang


Kota London ‘Bercahaya’ Dengan Hiasan Lampu Sempena Bulan Ramadan

Bulan Ramadan yang disambut oleh penganut beragama Islam turut diraikan dengan meriah di kota London dengan hiasan lampu di sekitar salah satu jalan paling popular di kota tersebut iaitu Coventry Street yang menghubungkan Piccadilly Circus dan Leicester Square.

Memetik laporan Time Out, sebanyak 30,000 biji lampu LED digunakan untuk membentuk 61 hiasan bulan serta tulisan ‘Ramadan Lights’ yang akan dinyalakan sehingga 21 April 2023.

Sebelum ini, jalan di sekitar kota London hanya dihiasi dengan lampu perayaan Krismas sahaja memandangan majoriti masyarakat di negara itu adalah beragama Kristian.

Sumber: Instagram @muslim/ TikTok @l.mh26

Individu yang menjayakan hiasan bagi meraikan bulan Ramadan itu adalah Datuk Bandar London iaitu Sadiq Khan.

Beliau merupakan individu beragama Islam pertama dilantik memegang jawatan tersebut sejak tahun 2016 yang lalu.

Saya berasa gembira kerana kota London menjadi bandar utama Eropah yang pertama melakukan hiasan lampu menakjubkan bagi menyambut bulan Ramadan. ‘Ramadan Lights’ ini adalah simbol menunjukkan bahawa bandar ini meraikan setiap kepelbagaian.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan.

Masyarakat Islam Di London Teruja Lihat Hiasan Lampu Ramadan Buat Pertama Kali Di Negara Eropah

Memandangkan kota London yang terletak di United Kingdom (UK) merupakan negara Eropah dan majoriti masyarakatnya bukan beragama Islam, jadi agak jarang jugalah kita lihat mereka meraikan Ramadan dengan meriah.

Namun sambutan bulan Ramadan di London pada tahun ini yang diraikan dengan hiasan lampu membuatkan masyarakat beragama Islam di sana sangat teruja.

Mereka juga sempat merakam dan memuat naik suasana hiasan lampu yang dipasang di jalanan sekitar kota London. Memang cantik!

https://www.tiktok.com/@l.mh26/video/7211343470995295489
https://twitter.com/cintagaza_my/status/1638464286128504832

Semoga bulan Ramadan pada tahun ini lebih bermakna kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Dalam pada itu, team TRP juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada semua! 😊

BACA JUGA: Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan. Paling Penting, Bangun Sahur!

BACA JUGA: Ingin Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan? Jom Amalkan 8 Makanan Sunnah Ini

BACA JUGA: Cara Solat Sunat Tarawih Di Rumah & Solat Sunat Witir Paling Ringkas Untuk Panduan Semua


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd