Now Reading
Che Sayang Kitchen Raih Perhatian Ramai, Resepi Simple Semudah ABC!

Che Sayang Kitchen Raih Perhatian Ramai, Resepi Simple Semudah ABC!

Rata-rata orang ramai suka mengikuti resepi dikongsi oleh Che Sayang Kitchen kerana cara masakan simple serta bahan yang mudah didapati di pasaran.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila tiba bulan Ramadan, bukan sahaja masyarakat sekeliling bersemangat untuk menunaikan ibadah, malah mereka juga berasa teruja untuk mencuba pelbagai resepi juadah berbuka serta sahur yang baru.

Seperti kebiasaannya sejak beberapa tahun lalu, wujud satu fenomena di negara ini apabila rata-rata orang ramai menggemari segmen video resepi Khairul Aming iaitu 30 Hari 30 Resepi sepanjang bulan berpuasa.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Khairul Aming Kongsi 4 Jenis Resepi Air Untuk Berbuka Puasa. Semua Nampak Sedap!

Kalau anda nak tahu, ramai juga content creator lain yang sering berkongsi resepi unik kepada orang ramai di platform media sosial.


Che Sayang Kitchen Raih Perhatian Ramai

Baru-baru ini, tular satu hantaran menerusi laman X (Twitter @nuuraimuni), apabila wanita dikenali sebagai Nur Aimuni berkongsi tentang satu akaun di media sosial yang kini menjadi bualan ramai kerana konten-konten resepi memasak mudah dan pantas.

My new fav content creator untuk belajar resipi memasak! Resipi simple senang je takde renyah nak buat. Love love love! Thanks Che Sayang Kitchen!

Aimuni.

Che Sayang Kitchen yang mempunyai akaun TikTok, Instagram dan X dikendalikan oleh seorang pemuda bernama Qayyum bersama team. Konten dikongsikan oleh lelaki itu dengan tagline 2 Minit 1 Resepi diminati ramai kerana tunjuk ajar memasak yang ringkas serta bahan-bahan yang mudah didapati di pasaran.

Tambah Aimuni, dia suka mengikut cara-cara memasak oleh Che Sayang Kitchen kerana kebanyakan resepinya menggunakan penggoreng udara (air fryer) yang mana ramai masyarakat kini menggunakan perkakas tersebut di rumah.


Netizen Setuju Resepi Che Sayang Kitchen Mudah Difahami

Menjengah ke ruangan balas ciapan, ramai di kalangan netizen dilihat bersetuju dengan pendapat Aimuni dan turut menjadikan Che Sayang Kitchen sebagai go-to content creator bagi resepi memasak.

“Banyak kali dah lalu fyp (for you page) akaun Che Sayang Kitchen ni. Memang resepi dia mudah sangat dan cepat sebab banyak guna air fryer,” kata seorang wanita.

Sumber: X

Malah ada yang berkata resepi dikongsi oleh Qayyum mudah difahami dengan penjelasan yang jelas walaupun tidak pernah lagi mencuba memasak dengan sendiri.

“Serious nampak mudah dan senang faham walaupun tak cuba lagi resepi dia,” ujar seorang warganet.

Sumber: X

Perjalanan Che Sayang Kitchen

Beberapa hari lalu, Qayyum menerusi akaun Che Sayang Kitchen turut berkongsi recap tentang perjalanan video resepi masakannya dan persediaan untuk bulan Ramadan ini.

Untuk pengetahuan semua, Che Sayang Kitchen bermula pada tahun lepas iaitu Mac 2023. Qayyum bersama pasukan pada awalnya hanya menggunakan alatan sedia ada di rumah yang sederhana dan tidak canggih.

Hari demi hari, Che Sayang Kitchen telah naik taraf barangan tersebut seperti membeli lampu yang lebih besar dan terang serta kamera profesional. Bermula dengan 0, kini akaun Che Sayang Kitchen di TikTok berjaya mengumpul sejumlah 1.5 juta followers dalam masa satu tahun.

@chesayang_kitchen Marhaban Ya Ramadhan 2024 #resepichesayang #chesayangkitchen #resepiramadanchesayang2024 #kongsibersama #kongsiselera ♬ original sound – Che Sayang Kitchen

Resepi Ayam Goreng Berempah Dapat Jumlah Tontonan Tinggi

Che Sayang Kitchen juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi resepi-resepi baru, simple dan menarik buat orang ramai sempena bulan mulia ini.

Seperti kelmarin (11 Mac), akaun berkenaan telah memuat naik resepi lauk kegemaran ramai di seluruh Malaysia iaitu Ayam Goreng Berempah.

Klip video pendek berdurasi 1 minit 29 saat itu telah mendapat perhatian ramai di kalangan pengguna laman TikTok dengan jumlah tontonan mencecah 1.7 juta setakat artikel ini ditulis.

@chesayang_kitchen Episod 356 | Resepi Ramadhan Ayam Goreng Berempah | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Siapa pernah buat ayam goreng berempah dekat rumah. Makan pulak dengan nasi lemak panas-panas. Nasi lemak hari ni saya akan beli di bekal by foodpanda. bekal by foodpanda ni telah diiktiraf halal oleh Jakim dan hanya menghantar makanan dari restoren dan kedai yang mempunyai status Halal Jakim. Ia Halal dijamin, Halal dihantar. Jangan lupa apply promo code BEKAL apabila korang menggunakan bekal by foodpanda untuk mendapatkan diskaun RM6 dengan minimum pembelin RM40. Code diskaun hanya terdapat di restoren Halal sahaja dari 3pm – 11.59pm Resepi penuh •⁠ ⁠Ayam dibersihkan •⁠ ⁠Serai dipotong panjang & lengkuas di potong besar dan kisar •⁠ ⁠Bawang merah & bawang putih •⁠ ⁠Cili kering •⁠ ⁠Biji ketumbar, jintan putih & jintan manis •⁠ ⁠Serbuk kari daging •⁠ ⁠Serbuk kunyit •⁠ ⁠4-5 sudu tepung jagung •⁠ ⁠Garam & perasa #resepichesayang #chesayangkitchen #resepiramadanchesayang2024#bekalbyfoodpanda #halal #foodpandamy#kongsibersama #kongsiselera ♬ original sound – Che Sayang Kitchen

Senarai Content Creator Yang Kongsi Resepi Masakan

Buat anda yang sedang ‘kering’ idea nak masak apa di rumah, usah risau. Sebenarnya, ramai lagi content creator dan Cef di luar sana yang berkongsi resepi memasak lebih-lebih lagi sepanjang bulan berpuasa.

Sumber: TikTok

Di sini kami kongsikan list akaun resepi memasak lain yang anda boleh ikut. Antaranya:

Selamat mencuba!

Baca Artikel Berkaitan: Resepi Sambal Tumis Cili Api, Boleh Terus Makan Untuk Berbuka Puasa & Sahur

Baca Artikel Berkaitan: 9 Resepi Lauk Berbuka Puasa Untuk Orang ‘Single’. Senang, Simple & Cepat!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd