Now Reading
9 Resepi Lauk Berbuka Puasa Untuk Orang ‘Single’. Senang, Simple & Cepat!

9 Resepi Lauk Berbuka Puasa Untuk Orang ‘Single’. Senang, Simple & Cepat!

Antara lauk yang paling senang dimasak untuk juadah berbuka puasa adalah Sambal Udang dan juga Ayam Buttermilk.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali nak masak untuk berbuka puasa, mesti akan terfikir lama. Nak masak eh hari ini?

Sesetengah orang memang kena makan nasi waktu berbuka puasa, kalau tidak memang tak lengkap hari mereka katanya. Biasalah tekak Melayu memang tak boleh hidup tanpa nasi.

Nak makan nasi mestilah kena ada lauknya kan? Jadi kepada anda yang malas nak pening kepala setiap hari berfikir untuk masak lauk apa bagi juadah berbuka, jom kami bantu anda.

Berikut adalah beberapa resepi lauk yang mudah dan cepat untuk dimasak. Yang penting, bahan-bahannya pun senang untuk dicari.

Antaranya:

1. Resepi Lauk Berbuka Puasa: Sambal Udang

9 Resepi Lauk Mudah Untuk Berbuka Puasa. Senang, Simple & Cepat!
Sumber: Resepi Che Nom

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 600-800 gram udang
  • Satu sudu besar asam jawa yang direndam dengan air
  • Garam
  • Gula

Bahan untuk dikisar:

  • Tiga sudu besar cili kisar
  • 1/4 sudu kecil belacan
  • 12 biji bawang merah
  • Tiga ulas bawang putih

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan kisah sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan biar sehingga sambal merenih.
  4. Masukkan udang.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.

SIAP!

2. Resepi Lauk Berbuka Puasa: Ayam Buttermilk

9 Resepi Lauk Mudah Untuk Berbuka Puasa. Senang, Simple & Cepat!
Sumber: Resepi Che Nom

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ayam yang sudah digoreng dengan menggunakan tepung.
  • 1/2 tin susu cair
  • Tiga ulas bawang putih dihiris halus
  • 1/2 biji bawang besar Holland atau bawang besar biasa dipotong dadu
  • Empat sudu besar mentega
  • Dua tangkai daun kari
  • Empat biji cili padi
  • Butter

Cara-caranya:

  1. Panaskan butter dalam kuali sehingga cair.
  2. Tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Masukkan susu cair, bawang besar dan ayam yang sudah digoreng.
  4. Masak sehingga kuah sedikit pekat.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

SIAP!

NOTA KAKI: Boleh juga masukkan tepung jagung yang dicampur dengan air untuk menjadikan kuah lebih pekat.

3. Resepi Lauk Berbuka Puasa: Ikan Siakap Stim Limau

9 Resepi Lauk Mudah Untuk Berbuka Puasa. Senang, Simple & Cepat!
Sumber: Resepi Che Nom

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Satu ekor ikan siakap
  • Satu labu bawang besar Holland yang dihiris
  • 10 ulas bawang putih yang diketuk
  • Satu inci halia yang dihiris
  • Empat biji limau nipis (hanya ambil jusnya sahaja)
  • Dua biji cili merah dihiris
  • Daun bawang yang dihiris
  • Garam
  • Gula

Cara-caranya:

  1. Letakkan garam dan gula pada ikan dengan sekata.
  2. Masukkan semua bahan bersama dengan ikan di dalam bekas kukus kecuali daun bawang.
  3. Kukuskan ikan sehingga masak lebih kurang 30 minit bergantung kepada saiz ikan.
  4. Apabila ikan sudah masak, taburkan daun bawang dan hiasan limau.

SIAP!

4. Resepi Lauk Berbuka Puasa: Ikan Keli Berlado

9 Resepi Lauk Mudah Untuk Berbuka Puasa. Senang, Simple & Cepat!
Sumber: Dapur Biru

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Tiga hingga empat ekor ikan keli
  • Tiga biji cili hijau besar
  • Lima biji cili padi
  • Tiga hinga empat sudu cili kisar
  • Sedikit air
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Garam
  • Gula
  • Serai yang diketuk

Cara-caranya:

  1. Ikan keli dipotong kecil dan dilumur dengan garam dan kunyit.
  2. Goreng ikan keli dan letak ditepi terlebih dahulu.
  3. Kisar cili padi, cili hijau, bawang sehingga lumat.
  4. Tumis bahan yang dikisar beserta cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan serai serta sedikit air dan biarkan sehingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan gula.
  7. Masukkan ikan keli dan gaul rata.

SIAP!

5. Resepi Lauk Berbuka Puasa: Kangkung Belacan

9 Resepi Lauk Mudah Untuk Berbuka Puasa. Senang, Simple & Cepat!
Sumber: Resepi Che Nom

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Kangkung yang dipotong
  • Udang kecil (optional)
  • Minyak
  • Garam
  • Air

Bahan untuk ditumbuk:

  • Dua ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Satu tangkai cili merah

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan kangkung dan air dan biarkan setengah masak.
  4. Masukkan udang dan gaul sehingga rata.
  5. Perasakan dengan sedikit garam.

SIAP!

NOTA KAKI: Jangan masak lama-lama, nanti sayur layu.

6. Resepi Lauk Berbuka Puasa: Sambal Tauhu

9 Resepi Lauk Mudah Untuk Berbuka Puasa. Senang, Simple & Cepat!
Sumber: Cookpad

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Tiga biji Tauhu
  • Tiga ulas bawang merah dihiris nipis
  • Dua ulas bawang putih dihiris nipis
  • Tiga sudu besar cili kisah
  • Tiga sudu besar sos cili
  • Gula

Cara-caranya:

  1. Potong tauhu ikut saiz yang diingini.
  2. Goreng tauhu di dalam minyak panas sehingga garing dan toskan.
  3. Tumis bawang merah dan bawang putih.
  4. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan sos cili dan sedikit gula.
  6. Masak sehingga pecah minyak dan sedikit kering.
  7. Masukkan tauhu dan gaul rata.

SIAP!

7. Resepi Lauk Berbuka Puasa: Ayam Stim Halia

Sumber: RASA

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ayam dipotong

Bahan perapan:

  • Tiga inci halia dihiris
  • Lima ulas bawang putih dihiris
  • Tiga sudu besar kicap cair
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan
  • Garam
  • Gula

Cara-caranya:

  1. Perapkan ayam dengan bahan perapan selama 30 minit.
  2. Kukuskan selama 10 hingga 15 minit.

SIAP!

8. Resepi Lauk Berbuka Puasa: Masak Lemak Cili Api

9 Resepi Lauk Mudah Untuk Berbuka Puasa. Senang, Simple & Cepat!
Sumber: Resepi Che Nom

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ayam/ketam/udang
  • Tujuh bili cili hijau diketuk
  • Satu setengah cawan santan
  • Satu keping asam gelugur
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1/2 sudu kecil perasa

Cara-caranya:

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali lauk ayam, udang atau ketam ke dalam periuk.
  2. Kemudian, baru masukkan lauk anda.
  3. Tambah sedikit air untuk menjadikan kuah lebih cair.

SIAP!

9. Resepi Lauk Berbuka Puasa: Ayam ‘Kenny Roger’

9 Resepi Lauk Mudah Untuk Berbuka Puasa. Senang, Simple & Cepat!
Sumber: Resepi Kok

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Dua biji bawang besar
  • Empat ulas bawang putih
  • Minyak
  • Halia
  • Perasa Maggi
  • Sos lada hitam
  • Sos tiram
  • Lada hitam
  • Madu
  • Sedikit air

Cara-caranya:

  1. Kisar semua bahan.
  2. Lumur bahan kisar pada ayam dengan rata.
  3. Bakar ayam dalam suhu 200 darjah Celcius selama satu setengah jam.

SIAP!


Diharapkan dengan perkongsian resepi ini dapat membantu anda menyediakan juadah berbuka dengan lebih mudah.

Kalau nak tahu lebih banyak lagi resepi menarik yang lain, boleh klik [DI SINI].

BACA JUGA: Resepi Chili Butter Clams Ini Raih Shares Hampir 8K Di Facebook. Nampak Sedap!

BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi Resepi Ayam Peri-Peri Jakarta. Sihat Betul Cara Penyediaannya!

BACA JUGA: Resepi Kerabu Maggi Ala Thai Ini Raih Lebih 19K Shares Di Facebook. Sedapnya!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd