Now Reading
Gelagat Murid Kembali Ke Sekolah Cuit Perhatian Ramai, Siap ‘Flashback’ Momen Waktu Kecil

Gelagat Murid Kembali Ke Sekolah Cuit Perhatian Ramai, Siap ‘Flashback’ Momen Waktu Kecil

Beberapa orang murid darjah 1 di sekolah sekitar Kota Bharu, Kelantan dilihat menangis pada hari pertama persekolahan walaupun ditemani oleh ibu bapa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum sesi persekolahan penggal 2024/2025 bagi Kumpulan A iaitu sekolah-sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu telah bermula kelmarin (10 Mac).

Manakala sekolah bagi Kumpulan B merangkumi negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya bermula semalam (11 Mac).

Sesi persekolahan penggal baru ini turut dimeriahkan dengan gelagat lucu kanak-kanak yang pertama kali menjejakkan diri ke alam pembelajaran baru.


Budak Nangis Dihantar Pertama Kali Ke Sekolah

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@azfaizalaziz), menyaksikan situasi di dalam bilik darjah semasa hari pertama murid hadir ke sekolah di Kota Bharu, Kelantan.

Menerusi rakaman video oleh seorang guru dikenali sebagai Cikgu Faizal, segelintir dari para murid tahun 1 dilihat mengukirkan senyuman seolah-olah teruja untuk berjumpa dengan rakan baru.

Namun, ada juga yang sebaliknya di mana ramai di antara mereka kelihatan muram serta menangis walaupun ibu bapa berada di sisi untuk menemani.

Seorang murid lelaki yang memakai kopiah berwarna hitam dilihat menangis teresak-esak ketika duduk di tempatnya.

Duduk dulu. Usah ditangisi kisah yang silam dik. Relax dik.

Cikgu Faizal.
@azfaizalaziz Hari pertama lah hari paling berharga, memori ni paling best👍🏻👍🏻👍🏻#haripertamasekolah ♬ original sound – Cikgu Faizal

Tangisan Berakhir Dengan Aktiviti Senamrobik

Cikgu Faizal menerusi sebuah lagi hantaran berkongsi momen di mana anak-anak yang menangis itu kini telah kembali ceria dengan aktiviti senamrobik dianjurkan di tapak perhimpunan sekolah.

Semua dilihat teruja bersenam dengan akak-akak ‘senior’ yang lain. Memang comel!


Netizen Imbas Kembali Waktu Zaman Persekolahan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah anak murid yang mempunyai pelbagai kerenah selain berkongsi pengalaman mereka ketika menempuhi zaman persekolahan.

“Jangan risau dik, akak dulu masuk sekolah pun nangis juga. Kita boleh jadi geng. Bukan nangis je lari balik rumah pun ada,” kata seorang individu.

Sumber: TikTok (@azfaizalaziz)

Malah, ada warganet menyifatkan bahawa setiap murid mempunyai cara mereka tersendiri untuk berdepan dengan hari pertama persekolahan. Ada yang sedih, ada juga yang gembira.

“Lain orang lain pulak ragamnya. Anak buah pulak dia halau mak dia balik. Dia punya happy walaupun pertama kali pergi ke sekolah. Lahir waktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tiada kawan, masa inilah dia nak berkawan,” ujar seorang wanita.

Sumber: TikTok (@azfaizalaziz)

Power Ranger Sambut Kedatangan Murid Ke Sekolah

Dalam pada banyak klip video menunjukkan suasana kanak-kanak menangis ke sekolah di platform media sosial, namun kelihatan juga sesetengah sekolah melakukan perkara yang lain daripada lain bagi meraikan kehadiran anak murid baru.

Seperti sebelum ini, turut tular perkongsian oleh Sekolah Kebangsaan Pulau Bahagia, Kula Terengganu yang menyediakan maskot patung panda di hadapan pagar sekolah bagi menyambut ketibaan para murid.

Anak-anak yang hadir pula akan diiringi oleh pengawas ke pekarangan sekolah. Bukan itu sahaja, bagi meningkatkan keceriaan kanak-kanak, para guru juga menyediakan goodies seperti lolipop untuk anak murid tersayang.

Sementara itu, Sekolah Kebangsaan Bukit Payong, Pokok Sena Kedah juga tidak terlepas dalam melakukan sedikit kelainan pada hari pertama persekolahan.

Difahamkan, pihak pengurusan sekolah telah menjemput ‘Red Power Ranger’ bagi mengalu-alukan kedatangan semua pelajar mereka kembali ke sekolah.

Kanak-kanak dilihat teruja dengan kemunculan wira itu di pintu hadapan sekolah, siap ada yang bersalaman dan cium tangan!

@redrangerspenang

Power Rangers Merah di Sk Bukit Payong Pokok Sena Kedah,Selamat Kembali Ke Sekolah buat adik-adik semua #kedah #pokoksenakedah #bukitpayongkedah

♬ Mighty Morphin Power Rangers: Go Go Power Rangers: Main Theme – Geek Music

Baca Artikel Berkaitan: It’s Back To School For 5 Million Students In Malaysia, TikTok Flooded With Cute First Day Videos

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Keras Perut Gelak Tengok Gelagat Pelajar Sekolah Bawa ‘Skeleton’ Naik Motosikal

Baca Artikel Berkaitan: Wow! Comelnya Gelagat Anak Selebriti Ke Sekolah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd