Now Reading
“Uniform Dia Lain Dari Yang Lain” – Hannah Yeoh Dedah Perangai Joe Flizzow Waktu Zaman Sekolah

“Uniform Dia Lain Dari Yang Lain” – Hannah Yeoh Dedah Perangai Joe Flizzow Waktu Zaman Sekolah

Hannah Yeoh yang dahulunya merupakan bekas ketua pengawas sering menegur Joe Flizzow tentang pemakaian uniform di sekolah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau cerita kenangan masa zaman sekolah, memang tergelak seorang diri bila teringat balik. Boleh dikatakan macam-macamlah yang berlaku waktu zaman jadi pelajar sekolah ulu.

Kalau bukan kisah cinta monyet, mesti ada di antara korang yang pernah kena denda dengan cikgu disiplin sebab nakal atau tidak mematuhi peraturan sekolah.

Kenangan pahit manis ketika zaman sekolah itu walaupun sudah berlaku berpuluh tahun, tetapi ia masih kekal dalam ingatan.


Hannah Yeoh Dedah Sikap Nakal Joe Flizzow Di Sekolah

Menerusi satu klip video dimuat naik di laman TikTok (@ceritereka), Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dilihat sedang menceritakan tentang karakter seorang artis tempatan ketika di zaman sekolah dahulu iaitu Joe Flizzow.

Dalam video itu, Hannah menceritakan bahawa penyanyi rap terkenal itu merupakan seorang pelajar yang lain daripada yang lain ketika mereka sama-sama menuntut pembelajaran di sebuah sekolah yang sama iaitu di SMK Subang Utama.

Sumber: TikTok @ceritereka

Antara perkara nakal yang dilakukan oleh Joe dan didedahkan oleh Hannah adalah apabila penyanyi berkenaan kerap melakukan kesalahan seperti tidak ‘tuck in’ baju seragam sekolah mengikut peraturan yang ditetapkan untuk pelajar lelaki.

Uniform dia berbeza dari pelajar yang lain. Dia pakai seluar ‘baggy’ dan baju pun tak selalu ‘tuck in’. Sebagai ketua pengawas, saya selalu tegur dia dan suruh dia betulkan cara pemakaiannya.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Ini Pula Respon Dari Joe Flizzow

Dalam sedutan video yang sama, Joe pula memberi respon terhadap kenyataan Hannah dengan berkata sikap nakal itu tidak salah, asalkan tidak melakukan apa-apa perkara yang bersifat jahat.

Nakal is better than jahat. Nakal tak apa. Degil tak apa. Jangan jahat je.

Joe Flizzow.

Sebagai info, sedutan video itu merupakan sebuah dokumentari berjudul ‘This Is Johan’ yang ditayangkan menerusi platform penstriman Viu.


Netizen Tumpang Bangga Jadi Alumni Sekolah Yang Sama

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen selepas menonton klip video berkenaan sehingga ada yang terkejut selepas mengetahui bahawa Hannah merupakan bekas ketua pengawas suatu ketika dahulu.

Sesetengah netizen pula memuji tindakan Hannah sebagai ketua pengawas yang bertanggungjawab kerana menegur pemakaian Joe yang tidak ‘tuck in’ baju di dalam seluar seperti pelajar-pelajar yang lain.

“Terbaik menteri, terpaksa betulkan Joe,” kata netizen.

Siap ada yang bangga jadi salah seorang alumni dari sekolah yang sama!

Sumber: TikTok

Profil Tentang Joe Flizzow

Joe Flizzow atau nama sebenarnya Johan Ishak merupakan seorang penyanyi, penulis lagi, produser yang cukup dikenali dalam industri muzik.

Sebelum bergerak solo pada tahun 2007, Joe telah berganding dengan rakannya, Malique pada tahun 1998 dengan membawa nama kumpulan ‘Too Phat’.

Antara lagu Joe Flizzow yang popular adalah:

  • Apa Khabar
  • Satu Malam Di Temasek
  • Sampai Jadi
  • Havoc
  • CIAO
  • Sang Saka Biru
Sumber: Instagram @joeflizzow

Bukan itu sahaja, Joe juga pernah bekerjasama dengan ikon muzik antarabangsa Snoop Dogg dengan mengeluarkan lagi bertajuk ‘Pioneers’ untuk kelab pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) pada tahun 2022.

Baca Artikel Berkaitan: Penyanyi Rap Snoop Dogg & Joe Flizzow Berganding Dalam Lagu Tema Pasukan Bola JDT


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd