Now Reading
Penyanyi Rap Snoop Dogg & Joe Flizzow Berganding Dalam Lagu Tema Pasukan Bola JDT

Penyanyi Rap Snoop Dogg & Joe Flizzow Berganding Dalam Lagu Tema Pasukan Bola JDT

Lagu bertajuk “Pioneers” yang dinyanyikan oleh Snoop Dogg dan Joe Flizzow untuk kelab pasukan bola JDT mendapat pujian ramai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Ikon muzik antarabangsa Snoop Dogg dan bintang rap tempatan Joe Flizzow baru sahaja mengeluarkan untuk Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim atau singkatannya JDT.

Bertajuk “Pioneers”, video muzik berdurasi tiga minit telah dikeluarkan di halaman media sosial Joe dan Snoop dan mendapat pujian daripada peminat bola sepak serta muzik Malaysia.

Lagu berkenaan mempunyai kedua-dua penyanyi rap yang mengangkat darjat legasi sedekad JDT dalam sukan itu.

“Blood sweat pride and tears, now you chilling with some pioneers days to weeks, months to years and we still be pioneers. End of the day, kings of the game, your royal highness LBC to JDT, you chillin’ with the pioneers,”  nyanyi Joe dalam korus lagu itu sementara Snoop menambah rentaknya pada lagu berkenaan.

Menurut artikel berita, pemilik kelab bola sepak iaitu putera mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berbangga bahawa JDT bukan sekadar sebuah pasukan sukan tetapi sebuah empayar dengan aspirasi antarabangsa.

JDT adalah sebuah empayar. Saya bukan sahaja menubuhkan sebuah kelab bola sepak tetapi ianya satu aspirasi yang akan dikenali di peringkat antarabangsa.

TMJ berkata kepada Malaysiakini.

Sepanjang sejarah 10 tahunnya, JDT telah memenangi lapan gelaran Liga Super Malaysia berturut-turut dari 2014 sehingga 2021 serta satu gelaran Piala FA Malaysia pada 2016.

JDT juga merupakan pasukan Malaysia pertama memenangi kejuaraan Asian Football Confederation (AFC) pada tahun 2015 yang lalu.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd