Now Reading
DJ Snake, Meduza & Yellow Claw Bikin Pinkfish Festival Di Sunway Lagoon Lebih Meriah!

DJ Snake, Meduza & Yellow Claw Bikin Pinkfish Festival Di Sunway Lagoon Lebih Meriah!

Pinkfish Music & Art Festival buat julung kalinya mengadakan acara ini pada 30 April 2023 bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon dengan pelbagai DJ jemputan seperti DJ Snake dan Meduza.

DJ Snake, Meduza & Yellow Claw Bikin Pinkfish Festival 2023 Di Sunway Lagoon Lebih Meriah! (14)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kepada anda yang sukakan muzik dengan genre Rap, Hip Hop, House Music dan Eelectronic Dance Music (EDM), Pinkfish Music & Art Festival adalah lokasi terbaik untuk anda ‘layan’ kesemua jenis muzik ini.

Bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon, Pinkfish Music & Art Festival mencatatkan sejarah mereka apabila pertama kali mengadakan acara ini pada 30 April 2023 yang lalu.

Terdapat dua lokasi muzik dimainkan iaitu di pentas utama (Main Stage) dan juga Beach Hut.

Pentas utama Pinkfish Music & Art Festival. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Untuk para pengunjung pula, mereka diasingkan kepada dua bahagian iaitu General Admission (RM348) dan VIP (RM488).

Team TRP juga diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman di Pinkfish Music & Art Festival yang buat julung kalinya diadakan.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Tak sabar nak tengok semua persembahan muzik!

Nak tahu siapa yang ada di Pinkfish Music & Art Festival? Jom baca perkongsian kami di bawah.


Persembahan Muzik Di Pinkfish Music & Art Festival

Pinkfish Music & Art Festival dimulakan di Beach Hut yang memainkan muzik dari jam 4:00 petang sehingga 7:00 malam.

Persembahan di Beach Hut lebih kepada artis DJ yang memainkan muzik mereka selama 45 minit. Antara DJ yang ‘menggegarkan’ Beach Hut adalah seperti:

  • Rimka
  • Nasyhk
  • Mister Ariffin
  • Bate
  • Chuckiess & Whackboi
Beach Hut yang berada di Pinkfish Music & Art Festival. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Pentas utama yang terletak di bahagian tengah Surf Beach menjadi tumpuan ramai kerana di situlah artis dan DJ terkenal membuat persembahan mereka sambil diiringi pelbagai jenis pancaran lampu serta percikan api dan asap.

Persembahan di pentas utama dimulakan dengan SaturdaySelects pada jam 4:00 petang selama satu jam sebelum diteruskan pula dengan artis seterusnya iaitu dua jejaka dikenali sebagai Gard Wuzgut.

Gard Wuzgut di Pinkfish Music & Art Festival. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Pada jam 5:30 petang, gadis Hip Hop serta R&B dari Jakarta, Indonesia yang dikenali sebagai Ramengvrl pula mempersembahkan beberapa lagu popular seperti:

  • Ain’t No MF
  • CA$HMERE
  • I AM ME
  • Vaselina
Ramengvrl di Pinkfish Music & Art Festival. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Selepas persembahan yang bertenaga dari Ramengvrl, suasana menjadi lebih relaks sedikit selepas GEMINI pula mengambil alih pentas utama. Antara lagu yang dimainkan adalah:

  • mon amour
  • Love Is Banned
  • Inside Out
  • Broken Love

GEMINI atau nama penuhnya Kim Jae-Min merupakan rapper dari Korea Selatan yang lebih kepada genre K-R&B. Jadi sesetengah lagunya mempunyai campuran bahasa Inggeris dan juga bahasa Korea.

GEMINI di Pinkfish Music & Art Festival. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Jam 6:30 petang pula tiba persembahan dari penyanyi rap terkenal tanah air iaitu Joe Flizzow. Persembahan dari penyanyi ini memang tak pernah tak onz! Siap ada penari ya atas pentas.

Sebelum mengakhiri persembahan, Joe Flizzow sempat buat kejutan dengan membawa masuk seorang lagi penyanyi rap iaitu SonaOne! Memang ramai yang teruja ya waktu itu.

Memang layan sungguh bila Joe Flizzow mempersembahkan lagu popularnya seperti:

  • Satu Malam Di Temasek
  • CIAO
  • Havoc
  • Apa Khabar
Joe Flizzow dan SonaOne di Pinkfish Music & Art Festival. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Meduza, Yellow Claw, Dash Berlin Dan DJ Snake Jadikan Malam Pinkfish Music & Art Festival Festival Lagi Onz!

Persembahan pada waktu malam mula ‘hangat’ apabila kesemua artis DJ diberikan tempoh selama satu jam dan Meduza menjadi DJ pertama memulakan persembahan pada sebelah malam pada jam 7:00 malam.

Meduza tampil dengan muzik yang membuatkan anda secara automatik akan menggerakkan kepala sambil layan lagu yang dimainkan.

Ditambah pula dengan paparan skrin berwarna-warni dan bergerak serta berpusing, rasa macam dipukau pula. (Gurau ya!)

Pengunjung menjadi lebih teruja apabila Meduza memainkan lagunya yang popular dan diminati ramai seperti:

  • Bad Memories
  • Lose Control
  • Paradise
  • Bad Habits
Meduza di Pinkfish Music & Art Festival. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Pentas utama yang diambil alih oleh Yellow Claw pula menjadi salah satu persembahan kegemaran kami. Tenaga daripada Yellow Claw memang cukup mengagumkan kerana kesemua muzik yang dimainkan cukup ‘berapi’.

Satu jam persembahan dari Yellow Claw itu sama penat macam baru lepas habis bersenam. Tak tipu ya!

Yellow Claw di Pinkfish Music & Art Festival. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Persembahan yang bertenaga diteruskan pula dengan DJ seterusnya iaitu Dash Berlin dengan muzik remix seperti Time After Time, Heaven dan you broke me first.

Dash Berlin di Pinkfish Music & Art Festival. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Sebagai acara kemuncak Pinkfish Music & Art Festival, DJ Snake atau nama sebenar William Sami Étienne Grigahcine menggamit suasana dengan persembahannya yang cukup luar biasa.

Pancaran lampu dari atas pentas, skrin LED yang ditayangkan dan percikan api serta asap menjadikan pengunjung Pinkfish Music & Art Festival juga bertenaga menikmati persembahan muzik mengasyikkan.

Banyak juga lagu best yang dimainkan oleh DJ Snake. Antaranya:

  • Loco Contigo
  • Let Me Love You
  • Lean On
  • Taki Taki
  • Middle
  • You Know You Like It
DJ Snake di Pinkfish Music & Art Festival. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Persembahan dari DJ Snake diberikan tambahan beberapa minit selepas ramai pengunjung yang melaungkan “We want more”.

Pada jam 11:30 malam, Pinkfish Music & Art Festival melabuhkan tirai dan pengunjung mula beredar dari Surf Beach, Sunway Lagoon.


Overall, Pinkfish Music & Art Festival memang cukup ‘lit’ dan sangat menyeronokkan. Walaupun cuaca hujan renyai ketika persembahan pada siang hari, tetapi itu tidak menghalang kami untuk ‘have fun’!

Pinkfish Music & Art Festival. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Till next time, Pinkfish Music & Art Festival.

BACA JUGA: CL, Jackson Wang & Pink Sweat$ ‘Gegar’ Good Vibes Weekender 2022 Di Sunway Lagoon

BACA JUGA: Good Vibes Festival 2023 Sambut Ulang Tahun Ke-10, Tampilkan The 1975 & The Strokes!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd