Insiden Kondominium Setia Alam: Netizen Gesa Hentikan Penyebaran Video
Insiden berkenaan dipercayai berlaku pada malam semalam (28 Februari) di sebuah kondominium di Setia Alam.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Netizen di laman X (Twitter) pada malam semalam (28 Februari) dan awal pagi hari ini (29 Februari) telah dikejutkan dengan satu video yang tular di platform berkenaan.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa selepas mereka menonton video itu kerana tidak mengetahui bahawa pengakhirannya adalah sesuatu yang agak mengerikan.
Berdasarkan semakan kami, rakaman video yang dimuat naik di laman Twitter telah pun dipadam tetapi masih muncul di media sosial sehingga mendapat lebih 4,600 retweet sejak ia dikongsikan pada jam 1:28 pagi.
Individu di sebalik akaun itu tidak memadamkannya tetapi hanya menambah kenyataan ‘Maaf saya tidak menunjukkan amaran ‘Triggered Warning’.
Netizen Perlu Henti Sebarkan Video Kejadian
Kebanyakan netizen yang menonton video tersebut meluahkan rasa kesal kerana kandungan video itu yang tidak ditapis dan bersifat ‘raw’ sehingga kelihatan jelas suara dan pergerakan mangsa.
Disturbing gila video setia alam trefoil tu 😭😭
— nizamuddin (@ahmdnzmdn_) February 29, 2024
I traumatised malam tadi, can hear voice clearly jerit masa jatuh and bunyi dia jatuh kat lantai bawah. And its in malaysia, kat trefoil setia alam 😭😭😭😭
— Neko 🍉 (@nekoketew) February 29, 2024
Pagi2 lalu video Setia Alam Trefoil
— Snow🕊🇵🇸 (@owliessan_) February 28, 2024
Real bunuh depan mata😭
Oleh disebabkan itu, netizen telah menggesa orang ramai untuk tidak berkongsi rakaman tersebut bagi menghormati keluarga mangsa atas kehilangan ahli keluarganya.
rasanya dah boleh stop retweet video perempuan jatuh building dekat trefoil setia alam tu 😩 traumatized betul dengar jeritan dia and waktu jatuh tu
— Jajang (@kuihteao) February 29, 2024
the video of the case in Trefoil Setia Alam is very disturbing! traumatizing!! and the OP didnt even FLAG or put TW on their tweet!!
— zana (@jigeumjana) February 29, 2024
please be careful if you come across the video! skip if you need to😭😭😭
Korang jangan dok RT video incident Trefoil Setia Alam tu dah. Have some respect towards the family of the victim.
— JÅ“  🦷🪥🇲🇾 (@iamdrjoe) February 29, 2024
just read about what happened in trefoil setia alam and it's so disturbing and shocking. now i know i'm the last person who should say this but i wish people would stop sharing such sensitive videos msians are so insensitive and love going against basic media ethics 😭
— norma (@normaumaira) February 29, 2024
Video Didakwa Mempunyai Kaitan Dengan Jenayah Di Setia Alam
Semakan kami percaya bahawa video berkenaan mempunyai kaitan dengan jenayah yang berlaku di sebuah kondominium sekitar Setia Alam pada malam tadi (28 Februari).
Pihak polis menjelaskan bahawa seorang wanita warga Thailand yang sedang menganggur berusia 32 tahun dilaporkan maut selepas dia didakwa ditolak dari tingkat 23 kondominium itu.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Warga Thailand Maut Disyaki Ditolak Dari Tingkat 23 Kondominium
Memetik laporan Sinar Harian, seorang lelaki warga tempatan berusia 37 tahun yang merupakan pemandu lori telah ditahan di tempat kejadian dan didapati mempunyai rekod jenayah lampau serta positif ganja.
Suspek juga akan ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Menurut kenyataan saksi, mangsa dan suspek terlibat dalam pergaduhan dan ia berakhir dengan suspek didakwa menolak mangsa dari tingkat 23.
Rakaman yang ditemui di media sosial juga jelas menunjukkan rupa individu yang jatuh dari kondominium terbabit.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 10:02 malam tadi dan siasatan terhadap suspek dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kes diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Muhammad Khairi Kamaruddin di talian 012-2666025 bagi membantu siasatan.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.