Now Reading
Wanita Warga Thailand Maut Disyaki Ditolak Dari Tingkat 23 Kondominium

Wanita Warga Thailand Maut Disyaki Ditolak Dari Tingkat 23 Kondominium

Difahamkan, insiden berlaku selepas suspek dan mangsa terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah kondominium sekitar Setia Alam, Shah Alam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (28 Februari), seorang wanita dilaporkan maut selepas terjatuh dari sebuah kondominium di Setia Alam, Shah Alam.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan mengenai insiden jam 10.02 malam.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati mangsa merupakan seorang perempuan warga Thailand berumur 32 tahun dan tidak bekerja.


Suspek Ada Rekod Jenayah & Positif Dadah

Jelas kenyataan saksi, kejadian tersebut berlaku selepas suspek dan mangsa terlibat dalam satu pergaduhan. Wanita terbabit kemudian dikatakan ditolak oleh seorang lelaki dari tingkat 23 dan jatuh ke tingkat tujuh kondominium berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Suspek iaitu lelaki tempatan berusia 37 tahun kemudian ditahan di lokasi kejadian jam 10.10 malam. Hasil semakan mendapati suspek ada tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah. Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Canabis.

Mohd Iqbal Ibrahim.

Memetik Sinar Harian, mangsa dan suspek yang juga seorang pemandu lori adalah pasangan kekasih.


Kes Disiasat Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Mengulas lanjut, siasatan kes sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati atau penjara bagi satu tempoh tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun.

Sumber: Pexels

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kes diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Muhammad Khairi Kamaruddin di talian 0122666025 bagi membantu siasatan.


Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Maut Jatuh Dari Tingkat 34 Saat Ingin Ambil Baju Dari Balkoni

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Perempuan Panjat Luar Balkoni Rumah Buat Orang Ramai Kecut Perut

Baca Artikel Berkaitan: Kes Lelaki & Wanita Jatuh Dari Jambatan Pulau Pinang: Pegawai Kanan Polis Disiasat Cubaan Bunuh


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd